NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 5 June 2012

Bukan Sekadar Resipi ~ Roza Roslan, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM37.00 - RM32.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...