NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 28 July 2012

Biar Cinta Bertaburan ~ Yusnida Tajudin

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau. Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...