NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

Anda PEMINAT TEGAR novel popular dan buku-buku berunsur Islamik dan juga kanak-kanak?
Ingin HADIAHKAN bahan bacaan menarik buat yang tersayang? Dan paling penting... dapatkan DISKAUN ISTIMEWA SEBANYAK 12% SETIAP HARI...
Caj pos adalah MINIMUM...

Followers

Takkan Pernah Hilang ~ Emma Rusdi

FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.

MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.

“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”

“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”

Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...