NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 8 August 2012

Cinta Untuk Sedetik Lagi ~ Ezza Mysara

Naila Farafeesa terkenal dengan sikapnya yang kuat menjawab manakala Ezrakil pula majikan yang kuat membuli. Seorang keras kepala dan seorang keras hati. Tapi siapa sangka, dalam mereka bercakaran, di situlah cinta mula bercambah. 

“Bos, macam ni ke cara bos nak tunjukkan rasa sayang bos pada saya?? Kalau macam ni caranya, memang sia-sialah bos... sebab orang yang keras kepala dan orang yang keras hati ni memang tak ada penyudah yang bahagia.” Naila Farafeesa.“Awak nak bukti apa lagi.... sebab tak cium or tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.. Masa tu, bukan saja peluk cium, lebih dari tu pun saya boleh bagi...” - Ezrakil Effendy.

Akhirnya Farafeesa akur. Cintanya memang untuk Ezrakil. Namun kerana penyakit berbahaya yang dihidapinya, cinta ini terpaksa ditolak ke tepi. Farafeesa tekad menjodohkan Ezrakil bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunang. Namun mampukah cinta itu diganti tempat duduknya?

“Kau ingat kau siapa Feesa? Kau nak kau ambik! Kalau tak nak, kau pas dekat orang lain! Kau ingat kau Tuhan ke?” - Naila Faraneesha. 

Mendidih tahap kesabaran Faraneesha tatkala menyedari akan taktik adik kembarnya. Kemunculan seorang lelaki yang persis arwah tunangnya pula mula menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Faraneesha terhimpit lagi.“Neesha...hati ni.. terlalu rasakan cinta awak. Kenapa awak perlu menidakkan perasaan awak sendiri? Awak tak penat ke main lari-lari macam ni? Ataupun awak memang suka saya terkontang-kanting sendiri tanpa jawapan yang pasti! Dan awak tahu tak sesuatu? Bila awak memutuskan untuk menolak cinta saya,.... semua itu hanya akan lebih melukakan hati awak sendiri!” - Nazreen.

Mampukah Ezrakil memenuhi permintaan terakhir Farafeesa kala gadis itu bertarung dengan maut? Adakah Faraneesha akan menerima amanat dari adiknya? Bagaimana pula dengan kemunculan Nazreen yang membawa seribu satu rahsia? Mati itu sesuatu yang pasti namun mahal benarkah harga sebuah bahagia buat Farafeesa sebelum dia kembali ke sisiNya? Mereka penat dalam mengejar rasa cinta bagi memastikan cinta itu hidup walaupun untuk sedetik lagi.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...