NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 24 October 2012

Perempuan Lindungan Kaabah ~ Hana Ilhami

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

2 comments:

siti nur aisyah said...

novel ni adalah koleksi terbaru sy. memang besttttttttt sangatttt!! tumbs UP for the writer. soo sweettt setiap garapan jalan cerita antara hanan, fareez yg kuat cemburu, alex yg mencintai hanan, n abg amir yg memendam lafaz cinta untuk hanan sudah cukup membuatkan konflik n debaran ketika membacanya. wajib beli yer kawan2! ^_^

Beli Diskaun said...

Wahhh... menarik tu. admin pun x sempat baca lagi buku ni. Buku lain pun amik turn beratur nak kena baca... insyaAllah nnti admin akan baca juga... :) tq for the info...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...