NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 19 April 2013

Katak Fesyen ~ Shah Bakri

Suraya, gadis lincah yang sangat menggemari fesyen. Rombongan Akademi Fesyen Bayuna (AFB) datang ke sekolahnya - dan satu pertandingan fesyen diadakan. Hadiahnya sangat lumayan. Berpeluang belajar di Akademi Fesyen Bayuna dan rekaannya akan dijahit sendiri oleh Arman Armani, pengkritik fesyen antarabangsa merangkap pereka fesyen terkenal seantero dunia.

Namun tak sangka pula perjalanannya penuh liku. Hampir disabotaj oleh Hanim, bekas pengawas sekolah yang keding. Itu belum lagi masalah Suraya yang telah mencederakan gigi Cikgu Habibah secara tak sengaja. Kemudia berlaku pula satu kejadian aneh. Butir-butir peribadi dirinya dalam borang pertandingan fesyen sudah diisi lengkap oleh seseorang. Oleh Arman Armani!

Keanehan belum tamat. Suraya bertemu pula dengan Samdol, kata ajaib yang boleh berkata-kata! Semuanya berlaku dalam masa singkat. Namun, mereka mudah mesra dan semakin rapat. Ditambah, Samdol sangat pakar dalam bidang fesyen dan telah membantu Suraya menyiapkan rekaan untuk pertandingan tersebut.

Malangnya... persahabatan mereka tidak direstui keluarga Suraya. Mereka harus keluar dari rumah. Dan, misteri Samdil mula terungkai.

Sebuah kisah magis realisme tentang persahabatan, kasih sayang dan pengorbanan.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...