NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 31 October 2013

Tika Cinta Bersuara ~ Eila Iraiena

Atika Azlea dan Sarah Umairah, meskipun dilahirkan dari rahim yang berbeza, kasih sayang antara mereka begitu kukuh sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati. Cinta yang mengaburi mata hati menyebabkan Sarah kehilangan seluruh hidupnya dan membawa dia jauh dari Atika. Mimpi yang bertandang dan rindu yang menggunung akhirnya memaksa Atika mengubah pemdirian hati untuk kembali semula ke pangkuan Sarah. Kegembiraan yang dirasa bertukar menjadi mimpi buruk bila rahsia yang tersimpan terbongkar.Biarpun tersentak dengan berita kematian Sarah, Atika tekad untuk menuntut bela atas kematian saudaranya itu. Sekalipun nyawanya terpaksa digadai, dia tetap akan pastikan yang pembunuh itu membayar segala ‘hutangnya’. Asyraf Rizman, peguam muda anak sahabatayahnya… Firdaus Helmi, saudara tercinta yang sama-sama membesar dan Inspektor Zaquan, pegawai kacak yang mengendalikan kes Sarah, dengan kehadiran mereka segalanya dirasakan seperti mudah namun tanpa dia sedar, ada rintangan yang akan melanda.

Mampukan dia mengharungi semua dugaan dalam mencari dalang di sebalik apa yang berlaku? Dan siapakah dia pembunuh sebenar yang dicari?

*****

(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...