NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 24 June 2014

Aku Tunggu Dia ~ Nurul Jannah

NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang. Dirinya dikelilingi sahabat-sahabat yang gila-gila dan satu kepala dengannya. Dia juga dicintai Iqmal Hisyam tetapi dia tidak pernah membalas kasih lelaki itu. Hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Fazar Azameer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina tetapi lelaki itu juga yang terus bertakhta dalam hatinya.

Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit daripada koma, dia memberi kejutan. Tetapi dia lebih terperanjat dengan kejutan yang diterimanya. Rupa-rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali tetapi dia perlu memberi nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya.

“Memang saya sayangkan awak, Fazar. Tapi saya tak pernah doakan perpisahan tu. Saya tahu awak sayangkan Fasha. Dan saya...” ~ Nadia Asyila

“Layak ke untuk aku mencintai kau? Kau terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya insan sebaik Fasha yang layak miliki hati aku. Dia sanggup undur diri untuk beri ruang pada insan kotor macam kau.” ~ Fazar Azameer

“Kenapa aku diduga sebegini? Kenapa kau masih datang jumpa aku? Kalau peluru tadi tak terkena Nadia, pasti akan tembus badan kau. Kau masih lagi nak jumpa aku? Aku jahat, Fazar.” ~ Iqmal Hisyam

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...