NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 7 July 2014

Aku Bukan Touch & Go ~ Qahiera Izma

Bila ibunya keluarkan arahan ala-ala askar jepun mahu bertemu bakal menantu, Zarin Sofea jadi buntu. Bukan sebab dia tak ada calon tetapi Ikmal, si kekasih hatinya banyak sangat alasan. Terdesak, Zarin tiada pilihan selain memujuk Nasrin, tuan punya butik tempat dia bekerja untuk menjadi pelakon. 

“Nas, takkan kau nak biarkan model kesayangan kau ni dalam kesusahan. Kesianlah kat aku.” - Zarin 
“Amboi! Bukan main lembut lagi suara kau bila nak minta tolong. Tak kuasalah aku nak jadi pak sanggup!” - Nasrin 
“Helo, kau tau tak makna pak sanggup? Cakap tu agak-agak sikit ya.” – Zarin 

Nasrin yang lembut tapi hatinya memang lelaki sejati. Pujukan Zarin buat dia lembut hati. Tapi alasan sebenarnya, dia memang sukakan Zarin. Masalah timbul apabila lakonan harus berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan. Syarat Zarin, mereka hanya kahwin sementara. Bila Ikmal dah bersedia, Nasrin harus lepaskan dia. Tapi bagi Nasrin, lain pula ceritanya. Dia sanggup berubah demi Zarin. 

"Sejak bila pula dah pandai pergi gym ni Nas?" - Lily
"Sejak aku tahu yang Zarin suka orang badan ketak-ketak." - Nasrin Mampukah Nasrin yang digelar Nata de Cocoa oleh Zarin berubah menjadi lelaki sejati dan sekaligus menggoyah hati seorang isteri tatkala mereka tinggal sebumbung? Atau.... dia harus melepaskan Zarin Sofea ke tangan Ikmal bila sampai waktunya nanti?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...