NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 5 January 2015

Bila Cinta Menggila ~ AD Rahman Ahmad

Yazid bin Atan, pemuda biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu peribadi. Di laman Facebook, dia jatuh hati dengan Liza Wati. Seorang gadis yang cantik, berpelajaran dan dari keluarga berada.

Demi untuk memikat hati si gadis, Yazid berbohong, kononnya dia juga anak orang kaya. Namun tanpa disedari, pesaing cintanya adalah Azman Hussin.
"Konon-konon kau anak orang kayalah tu! Alahai poyo bin sengal betullah si mamat ni. Hei brader, cakap ajelah itu rumah bos kau! Tak ada orang ambik tahulah!" - Yazid mengecam profil Facebook Azman Hussin.

Tembelang Yazid terbongkar di majlis meraikan kepulangan anak majikannya dari Australia, yang turut dihadiri oleh Liza Wati. Rupa-rupanya Azman Hussin adalah bakal bosnya.

"Hei brader! Kau dengar sini baik-baik apa aku cakap! Aku ni... bukan kau punya brader, tahu tak! Tapi aku ini... kau punya tuan. Kau punya bos! Kau tu... harus panggil aku tuan, bukan brader! Kau faham tak?" - Azman Hussin

Untuk apa kita berbicara tentang cinta dan rindu? Andai itu semua jelas tertulis di dinding hatimu dan hatiku. - Liza Wati.
Siapa lelaki bertuah yang akan dipilih?

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...