NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 4 February 2015

Ini Jodoh Kita ~ Dzie Tyea

Pertemuan kali pertama yang tak berapa nak indah di antara Lukman dan Sarah berakhir dengan perkahwinan atas desakan keluarga kerana salah faham. Mereka telah ditangkap berkhalwat gara-gara Lukman bersembunyi daripada kumpulan samseng di dalam kereta Sarah di sebuah kawasan sunyi lagi sepi dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Kedua-duanya langsung tak ada perasaan antara satu sama lain. Tapi… itulah. Kalau dah jodoh, tetap akan bersatu walaupun hati langsung tak mahu disatukan.

Dengan janji akan bercerai selepas enam minggu berkahwin, Lukman dan Sarah menunaikan desakan keduadua belah pihak keluarga. Sebaik sahaja tempoh yang dijanjikan mencukupi, tanpa pengetahuan sesiapa mereka telah meleraikan ikatan perkahwinan tersebut. Datuk Razali yang mendapat tahu hal tersebut kemudiannya telah bertindak tegas dengan memaksa Lukman menikahi Sarah semula.
Pada suatu malam, Lukman yang tidak pernah tinggal sebumbung dengan Sarah telah mengunjungi Sarah selepas bertengkar hebat dengan kekasihnya, Jasmine. Entah dirasuk apa, Lukman telah menyentuh isterinya malam itu hingga membawa kepada kehamilan Sarah. Merasakan dirinya tidak sengaja menyentuh Sarah, Lukman langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya hinggalah Iman Raees selamat dilahirkan. Sarah yang sudah patah hati dengan Lukman mengambil keputusan untuk bercerai. Bagi Sarah, tak ada gunanya dia menjadi isteri Lukman jika lelaki itu langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada Iman Raees.

Lukman yang kecewa dengan keputusan Jasmine yang tidak mahu mengahwininya semakin tertekan apabila Sarah meminta cerai. Apatah lagi dengan kehadiran Waffi, lelaki yang terang-terangan sukakan Sarah membuatkan Lukman rasa tergugat. Lukman yang sudah insaf dan ingin membetulkan keadaan telah berusaha melalui pelbagai cara supaya hati Sarah dapat dimenangi semula.
Berjayakah Lukman mengekalkan perkahwinan mereka selepas begitu banyak kelukaan dia tinggalkan dalam hati Sarah? Sekuat manakah jodoh mereka? Adakah lafaz cerai akan meniti di bibir Lukman sekali lagi buat Sarah?
*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...