NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 22 May 2015

Terbaik Bagimu ~ Dayana Darwisy

Rindu Darwin terhadap Wardina makin hari makin membara. Setiap hari dia terbayang dan terkenang wajah adik kenalannya itu. Gadis manis dan ayu yang bernama Wardina itu sering membuatkan tidur malamnya tak lena. Ada sesuatu yang menarik pada gadis itu.

“Bukan tunggu STPA ke kalau tak berjaya masuk U?” - Darwin
“Ada ke STPA? Tak pernah dengar pun. Apa tu?” - Wardina
“Sijil tunggu pinangan abang.” - Darwin

Kebahagiaan Wardina yang diragut sekelip mata membawa takdir kepada Darwin untuk menjadi satu-satunya lelaki yang terbaik bagi gadis itu. Ijab dilafaz bersama rasa syukur di hati, kerana gadis yang dia cinta sudah pun bergelar suri hidupnya.

Saat cinta mereka berada di puncak, bahtera perkahwinan mereka teruji. Kedatangan Tisya walaupun tidak sampai sembilan puluh jam, sudah menggegarkan suasana. Sudah berjaya membuatkan Wardina gelisah memikirkan hari-hari mendatang. Hubungan Wardina dan Darwin tambah meruncing apabila mummy Tisya datang menuntut satu janji dengan mama Darwin.

Janji yang dimeterai antara dua wanita tersebut membuatkan Wardina tersepit ditengah-tengah. Antara cintanya terhadap Darwin, dan antara kasih sayang seorang ibu, dia tidak tahu yang mana satu harus didahulukan. Andai hatinya memilih Darwin, pasti Datin Seri Atifah akan tertekan dengan desakan dan asakan kakaknya. Andai dia memilih mengikut tuntutan satu janji itu, bagaimana dengan hatinya yang terlalu mencintai Darwin?

Terbaik Bagimu... Di manakah titik kesudahan cinta Wardina? Dan bilakah rindu Darwin bakal berakhir?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...