NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 29 June 2015

Aku Ada Dia ~ Lynn Allyna

Ayu Harlina pasrah. Demi anaknya, dia rela melepaskan Engku Fareez. Enam tahun berlalu... dan takdir menemukan mereka sekali lagi. Walaupun cinta masih ada di hati mereka, tapi keadaan menghalang.

Engku Fareez berusaha untuk memujuk, tapi hati Ayu Harlina masih ragu-ragu. Cukuplah dia rasa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu hancur. Dia tak mahu jadi parasit yang mungkin akan hancurkan rumah tangga orang lain pula.

“Abang... jangan main-main boleh tak?” Dia tak suka dan tak selesa bercakap tentang hati dan perasaan dengan Engku Fareez. Keadaan dah berubah. Mereka bukannya suami isteri macam dulu. Tolonglah faham.

“Abang tak main-main. Sejak kali pertama abang jumpa Ayu dua minggu lepas, abang rasa makin rindu. Macam dah tak boleh ditahan-tahan. Kalau dulu, tak boleh jumpa sebab tak tahu Ayu kat mana, tapi bila dah jumpa semula ni memang abang tak mahu lepaskan peluang.” Jujur sahaja Engku Fareez membuat pengakuan.

“Abang... jangan buat Ayu rasa serba salah boleh tak? Abang dah ada keluarga sendiri, kita dah tak boleh jumpa macam ni. Kalau Hayfa atau keluarga Hayfa tahu macam mana? Kalau bonda abang tahu macam mana? Ayu tak sanggup kalau apa-apa jadi kat Hanania. Ayu tak sanggup, abang.”

“Ayu tak rindukan abang ke?”

Tapi mampukah dia menahan hati yang masih sarat dengan cinta? Siapa Sarah? Dan apa kaitan Hayfa dan Tengku Soraya dalam kehidupan mereka?
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...