NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 8 June 2015

Jodohku Gadis Kampung ~ Nieya Jalies

Salahkah dilahirkan sebagai seorang perempuan? Ayah kandung yang diharapkan dapat menumpang kasih, sedari awal telah meletakkan dirinya di tempat yang paling hina. Buat baik dianggap salah, tersilap sedikit hinaan dan makian yang diterima.

“Kalau kau hidup asyik nak menyusahkan orang lebih baik kau mati.” – Pak Latep

Biarpun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Aufa sama sekali tidak menyalahkan takdir Tuhan kerana di sisinya hadir insan-insan yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan hidup seperti ‘anak yatim’ tanpa kerelaannya sendiri.

Kehidupan mereka pada mulanya selesa kerana kakak kandungnya, Afiqah yang menyara mereka sekeluarga. Tetapi apabila kacang sudah lupakan kulit, Aufa terdesak!

Atas desakan itu, telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Majikan yang bermurah hati ingin membantunya. Dan kerana sebaris nama ini jugalah, Aufa mula kenal erti cinta, Aufa mula rasa apa itu rindu. Malangnya, masih ada sangsi di hati Aufa apabila memikirkan usianya yang masih muda untuk berumah tangga sehinggalah lelaki itu membuktikan kesungguhannya.
“Kalau tak ada apa-apa halangan abang nak hantar rombongan meminang ke rumah Aufa hujung bulan ni. Boleh?” – Hadeef

Baru ingin merasai nikmat bahagia, rumah tangga yang baru dibina musnah begitu sahaja. Harapan yang diletakkan pada si suami hancur bersama deraian air mata. Apa salahnya? Apa dosanya? Kau pergi meninggalkan diri ini terkontang-kanting menanggung hinaan orang sekeliling.

“Aufa, kamu dah mengandung ke belum? Kalau belum selamatlah. Kalau sudah kena cari pak sangguplah jawabnya.”
Di manakah bahagia yang dicari selama ini? Adakah dia dilahirkan hanya sekadar untuk merasa derita?
*****
(SEM) RM21.00 > RM18.50
(S/S) RM24.00 > RM21.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...