NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 22 June 2015

RomanCinta ~ Nicki Lee

Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.

Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.

Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang.

Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.

Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia. Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.
*****
(SEM) RM29.00 > RM25.50
(S/S) RM32.00 > RM28.20

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...