NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 8 June 2015

Sampaikan Salamku ~ Reza Al-Razi

Tatkala hati merindu, sebutlah nama Tuhanmu

Hidup Azlan Hanafi tak seindah yang diimpi. Menjadi anak terbuang di rumah sendiri cukup menyeksakan dirinya. Dia nekad untuk keluar dari rumah itu demi mencari bahagia yang diharapkan.

Perjalanan mencari bahagianya menemukan Azlan dengan bermacam-macam dugaan. Perkenalannya dengan Suraya membuatkan dia merasakan sudah berjumpa dengan bahagia yang diimpikan.

“Awak! Awak! Tunggu kejap!”
“Ya, ada apa?”
“Saya Suraya. Kenal tak? Satu kelas dengan awak.”
“Satu kelas? Sorry, saya tak perasan.”
“Manalah awak nak perasan. Jalan pun tunduk bawah je.”

Namun, hubungan mereka kecundang apabila Suraya hilang tanpa kata. Bertahun kemudian, Azlan bertemu kembali dengan Suraya. Citra gadis itu sudah berubah.

Saat Azlan dan Suraya sudah mengikat tali pertunangan, ada rahsia yang tak sepatutnya diketahui terbongkar. Liyana, sepupu Azlan pula ditimpa malang yang membuatkan Azlan terpaksa berpegang pada janji yang terpateri.

Antara rasa tanggungjawab dan rasa cinta, Azlan tersepit di tengah-tengah. Pada siapakah salamnya akan disampaikan?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...