NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 6 July 2015

Cinta Sama Cinta ~ Reeani Annur

Izam dan Hanis memulakan episod cinta pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kristal Bayu. Namun, kemanisan dirasakan hanya seketika. Hanis tiba-tiba berpindah sekolah tanpa memberitahu Izam. Malah, dia orang terakhir yang tahu mengenainya dan Izam kecewa.

Selama 10 tahun Izam menanggung sengsara merindui Hanis. Walaupun dalam tempoh itu dia telah bertunang dengan Rehan, tetapi dia terus hidup dalam kenangan cinta lamanya bersama Hanis.

Jodoh akhirnya menemukan kembali Izam dan Hanis. Tanpa disangka, Hanislah pereka baju pengantin Izam dan Rehan. Atas dasar klien, hubungan mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa.

Ketika Rehan tiba-tiba memberi goresan luka pada hatinya, Izam merasakan itulah saatnya dia harus bertindak. Dia bertekad mahu menawan semula hati Hanis.

“Izam, kau bawa aku pergi Penang?”
“Susah sangat nak dating dengan kau. Aku culiklah kau bawa bercuti ke sini.”
“Izam, untuk apa percutian ni semua?”
“Untuk ulang semula kisah cinta kita.”

Akhirnya, cinta bersemi kembali. Izam dan Hanis benar-benar menikmati peluang kedua yang datang. Tetapi, dalam bahagia ada dugaan datang menghimpit. Heris, lelaki yang dicemburui oleh Izam. Hisyam, mamat psiko yang tidak pernah ingin melihat Izam bahagia. Dan, Kay si penggoda cuba kacau daun mengurat Izam. Bagaimanakah Izam dan Hanis menghadapi semua itu? Masihkah kebahagiaan menjadi milik mereka?
*****
(SEM) RM23.00 > RM20.20
(S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...