NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 10 July 2015

VVIP Di Hatiku ~ Fatin Hassan

Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya.

“Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia
“Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman
“Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia
“Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman

Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal.

“Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal
Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut.

“Ya Allah. Rin, what are you doing here?”– Fiqri Aiman

Saat melihat Airin ketika itu, Fiqri benar-benar terkejut. Airin juga begitu kerana dia tidak mengetahui bahawa Fiqri turut belajar di universiti yang sama dengannya. Pertemuan semula Fiqri dan Airin berlaku tanpa dirancang. Mungkinkah pintu hati Fiqri akan terbuka untuknya? Atau, selama-lamanya dia hanya mampu bertepuk sebelah tangan? Airin Nadia. Dia perlu memilih. Menerima cinta orang yang mencintainya setulus hati? Ataupun dia tetap akan mempertahankan cintanya yang tidak pernah berbalas?
*****
(SEM) RM27.00 > RM23.80
(S/S) RM30.00 > RM26.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...