NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 7 August 2015

Nasi Paprik Cinta ~ Mynfamieza

Siapa sangka kerana resipi nasi paprik boleh buat dua hati saling jatuh cinta? Itulah magis cinta.

Najwa Natasha hanya olok-olok melamar Umar Al-Hafiz kerana rimas diganggu kekasih lama. Tapi tidak bagi Umar. Bagi Umar ini satu peluang baginya untuk memiliki Najwa. Sudah lama dia menyimpan perasaan kepada gadis itu.

“Kalau hang kahwin dengan aku, hari-hari aku masak nasi paprik untuk hang.” - Umar Al-Hafiz.

Jodoh tertulis nama mereka dan Najwa terima. Namun, kerana dendam dan rasa marah Najwa menjadi mangsa kerakusan Irhan Adha. Kekasih lama yang datang menuntut hak semula. Dunia Najwa gelap seketika. Tapi Najwa tidak mudah tertewas. Dengan semangat dan kesungguhan Umar mereka disatukan juga. Najwa percaya pasti Umar akan menerimanya.

“Aku akan cuba jaga rumah tangga yang kita bina ni dengan sebaik-baik. Maafkan aku kalau aku tak mampu nak bagi kemewahan untuk hang tapi insya-Allah aku mampu bagi cinta aku sepenuhnya.” - Umar Al-Hafiz

Rumah tangga mereka bahagia bila masing-masing cuba untuk mencintai antara satu sama lain. Bahagia yang seketika tatkala Irhan tidak pernah puas melihat mereka bahagia. Segalanya terbongkar kerana fitnah yang ditabur oleh Irhan. Najwa tekad. Dia tidak akan pernah biarkan Irhan menang. Dia berusaha untuk memenangi hatinya Umar semula namun Umar tetap sama. Hatinya penat. Mampukah Umar kembali menyembuhkan luka di hati isterinya? Berjayakah dia mendapat kemaafkan daripada Najwa setelah apa yang terjadi?
*****
(SEM) RM24.00 > RM21.10
(S/S) RM27.00 > RM23.80

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...