NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 6 August 2015

Siapa Kata Tak Sudi? ~ Mas Yura

Disebabkan sebuah ‘kemalangan’ kecil, Airil dan Airina sering bergaduh. Setiap kali berjumpa memang tidak sah kalau mereka tidak bertelagah sehingga seremeh-remeh hal dibangkitkan menjadi isu. Pergaduhan mereka membawa kepada suatu perasaan yang Airina sendiri tidak dapat memahaminya.

“Woi!” jerkah satu suara. Airina menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang berpakaian sukan menghampirinya.

“Kau buat apa dengan kereta aku hah?” tanya lelaki itu dengan wajah yang bengis. La… lelaki rupanya! Apesal auw semacam aje kereta ni? Merah jambu! Airina ketawa dalam hati.

“Kau ke tuan kereta ni?” Airina bertanya penuh ego.

“Of course!” marah lelaki itu. “See! The rim is dented.” Lelaki itu beriak cemas. Pantas dia bertinggung, membelek rim tayar keretanya. Padahal, tidak ada apa pun yang kemik. ‘Propa’ aje lebih!

Airina melopong. Setakat kena tendang dengan kakinya yang ‘keding’ ni, rim tayar tu boleh kemik ke? Macamlah rim tayar kereta dia ni diperbuat daripada polistirena!
“Hei! Tak kemiknya pun rim tu kalau sampai tahun depan aku tendang. Aku nak kau bayar ganti rugi baju aku yang dah busuk disebabkan lecah yang kau langgar dekat Wangsa Maju semalam!” Airina betul-betul marah. Bukanlah duit yang dia mahukan. Cukuplah sekadar kata maaf yang terbit daripada mulut lelaki itu.

“Bila masa pulak lecah tu kena kau? Kau jangan cakap pada aku, kau perempuan yang pakai baju warna merah ala-ala bullfighter tu?” duga lelaki itu. Sengaja mahu menyakiti hati Airina.

Badli yang datang menagih cinta membuatkan dia berada di persimpangan jalan memandangkan hati sudah mula suka pada Airil. Tetapi jika difikirkan semula, Airina lebih rela memilih Badli yang sedia menerima seadanya dia berbanding Airil yang tidak tahu menghargai dan selalu berkelahi dengannya. Takgentleman langsung!

Kehadiran Catherine mengundang perasaan cemburu dalam diri Airina. Melalui perasaan itu, barulah dia yakin bahawa dia sudah jatuh cinta pada Airil. Dia susah hati. Terkilan kerana dia suka dengan perasaan baru itu, tetapi terpaksa dibuang jauh perasaan itu setelah melihat kemesraan Catherine dan Airil.

Jambangan mawar yang berlainan warna setiap kali ia terima membuatkan Airina teruja. Dalam masa yang sama dia tetap susah hati kerana takut sekiranya si pengirim mawar itu kurang siuman, jahat atau sebagainya.

Siapakah sebenarnya pengirim mawar itu? Adakah Radzi, pengetua gatal itu? Ataupun mungkin Badli? Nak kata Airil, macam tak aje! Airina bingung bercampur resah! Dia buntu!
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60
(S/S) RM23.00 > RM20.20

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...