NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 30 September 2015

Bidadari Hati Farhan ~ Fatimah Aznan

"Oh..tak seronok ke ? Kalau nak tambah hormat awak boleh panggil saya abang. Umur saya lebih tua daripada awak." - FARHAN SYAZWAN

"Nanti apa pula orang kata. Lagipun saya rasa tak selesa dengan panggilan tu. Tak logik langsung!" - FARHANA SYAZWANI

Farhan Syazwan tidak menduga adanya wajah yang seiras arwah adiknya, Fatimah Shuhada. Pertama kali bertentang mata dengan Farhana, bagai bermimpi. Adakah kemunculan Farhana sebagai ganti adiknya? Tapi hatinya bagai diusik bila bersama gadis itu. Farhan buntu dengan perasannya sedangkan dirinya diasak dengan rasa setia pada gadis yang lama bertakhta di hati.

"Abang...terpulang sama ada nak percaya atau tidak. Anis dah cakap yang sebenarnya." - ANIS NABILA

Kepulangan Anis Nabila tidak mengembirakan Farhan. Lima tahun berjauhan tanpa sebarang berita telah menghantar rasa kekok bila bertemu semula. Keluarga mulai mendesak semoga hubungan mereka dimeterai dengan ikatan pertunangan setelah sekain lama diikat dengan janji. Namun Farhan mulai sangsi dengan kesetiaan Anis kerana kecurangan Anis jelas di depan mata. Namun kerana tidak mahu mengecewakan kedua belah keluarga, dia bersetuju untuk bertunang walau jauh di sudut hati hanya Farhana di hati.
"Farhana, hari ini mungkin hati you tak terbuka untuk I tapi I tak akan jemu mengetuknya. I sayang sangat dekat you." - IQBAL ANAS

Kesungguhan Iqbal untuk memiliki cintanya membuatkan Farhana tidak sampai hati untuk menolak. Akhirnya dia menerima lamaran Iqbal walau tiada sekelumit cinta untuk lelaki itu. Cintanya hanya untuk Farhan sahaja.

Dapatkah Farhan dan Farhana melafazkan kata-kata keramat itu dan bersatu menjadi sebuah pasangan bahagia? Ataupun mereka berdua memang tidak ditakdirkan untuk bersama? Siapakah Bidadari Hati Farhan? Anis Nabila atau Farhana Syazwani?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...