NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 5 September 2015

Cinta Si Mamat Cappuccino ~ Ery Aieril

Pertemuan jejaka dengan gadis itu memang bukan satu permulaan yang baik. Walaupun mempunyai ‘sesuatu’ kegemaran yang sama, namun ada saja yang didebatkan demi membela diri. Tapi orang kata, kalau gaduh itu tandanya jodoh makin kuat. Benarkah? OMG! Tak mampu kedua-duanya membayangkannya.

Liyana ingat pertemuan pada hari itu adalah pertemuan terakhir. Tapi mereka ditakdirkan untuk mempunyai ‘hubungan’ yang tak pernah sesiapa menduga. Demi menunaikan hasrat orang tua, akhirnya Liyana menyerah diri untuk menyelamatkan lelaki itu.

“Siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Di mana aku nak mencari dia?”

Jejaka itu tercari-cari insan yang menyelamatkannya. Namun bagi Liyana, biarlah hanya dia saja yang tahu pengorbanan yang dilakukannya. Niatnya ikhlas, dan sekali gus menebus kesalahannya atas pertelingkahan mereka pada awal perkenalan mereka dahulu.
Liyana sudah mula menyukai jejaka itu, namun dia nekad biarlah rasa cinta itu timbul kerana dirinya, bukan kerana jasa yang pernah diberikan. Namun, adakah jejaka itu juga mencintainya dan akan memperisterikan dirinya? Liyana serahkan semuanya pada takdir Allah.

“Ada apa dengan kau perempuan sampai aku berjaya sukakan kau? Apa keistimewaan kau sampai aku tergila-gila dekat kau?”

Pertemuan demi pertemuan yang berlaku menyebabkan Fariz rasa bimbang dengan perasaannya terhadap gadis itu. Cuba dielak, kerana memikirkan standard dirinya dengan gadis itu, namun dia tak berdaya apabila gadis itu sering saja muncul di depan mata bersama senyuman ikhlasnya. Cintakah tandanya? Adakah ‘dia’ juga rasa begitu atau hanya Fariz merasakannya sendirian?
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...