NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 2 September 2015

Dari Alam Lain ~ Helmi Effendy

Mereka ialah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka. 

Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung dengan tempat-tempat seram. Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. 

Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...