NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 11 September 2015

Kupeluk Hatimu ~ Rozita Abd. Wahab

Tika usia masih mentah, dia sudah pandai bermain perasaan. Menyimpan perasaan pada seorang pelajar lelaki yang terkenal di sekolah. Tapi dek kerana kekurangan dirinya, disimpan kemas apa yang ada di hatinya. Namun, malam keramat itu telah mengubah segalanya. Dewi Karmila mula menjadi gadis perindu, pencinta yang setia. Tidak ada lelaki yang mampu menandingi si dia di hatinya.

Hati Rizuan tertarik pada si gadis manis yang ceria dan jinak-jinak merpati, tapi tegas dalam menjalankan tugasnya. Dek kerana sifat playboy, suka bertukar-tukar pasangan membuatkan dia tidak punya keyakinan untuk meluahkan perasaannya pada gadis bertudung bernama Dewi Karmila. Dia bimbang andai cintanya ditolak dan persahabatan yang terbina akan tergugat. Lalu disimpan sahaja apa yang ada di hatinya.

Dewi Karmila dan Rizuan pasangan sahabat yang kerap kali dilihat bersama, tapi masing-masing menidakkan apa yang ada di hati mereka. Tidak punya keyakinan untuk bersuara dan meluahkan isi hati mereka.

Apakah kesudahannya persahabatan yang terbina? Apakah Rizuan cukup berani untuk memikat hati si gadis?
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...