NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 1 September 2015

Sila Pukau Suami Anda ~ Syed Yusainee Syed Yahya

Setiap isteri tentu mahukan suami memenuhi fitrahnya untuk merasa dilindungi, dihargai dan dicintai. Selama ini anda memang seorang isteri bertuah kerana suami membahagiakan anda. Jika begitu adakah anda tidak mahu untuk merasa lebih bahagia lagi? Bagaimana pula jika ada perempuan lain cuba mencuri kebahagian itu? Semua pilihan adalah ditangan anda. Oleh itu anda tidak perlu membeli buku ini jika tidak mahukan berpuluh-puluh tips hipnosis untuk memukau minda suami supaya tidak beralih bahkan semakin tertarik kepada anda!

Bagaimana pula sekiranya perkahwinan anda tidak bahagia? Anda tidak mampu lagi berbohong yang anda semakin kecewa dengan sikap suami. Rumahtangga anda terasa tawar dan kering seperti tidak bernyawa langsung. Sanggupkah anda sekadar bersabar dan berserah segala-galanya kepada takdir sahaja? Adakah anda merasa buntu seperti tidak mampu lagi berbuat apa-apa. Kini telah tiba masanya untuk berubah.

Buku ini khas untuk anda. Anda tidak lagi perlu mencari lain-lain teknik hipnosis memukau untuk kegunaan mempertahankan rumahtangga anda. Semua telah ada di dalam buku ini. Dengan membuat keputusan untuk memiliki buku ini bermakna anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk menangkis ancaman yang menyerang rumahtangga anda.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...