NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 8 October 2015

Tercipta Untukku ~ Marissa

Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan.

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”
“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”
“Lupa…”
“Ngeee, muda-muda dah lupa.”
“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”
“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”

Habis!
Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya. Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.

Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka?
Dan sesungguhnya, benarkah mereka benar-benar sudah tercipta untuk antara satu sama lain?
Jangan lupa mengikuti kisah cinta antara Adil dan Thia.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...