NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 5 November 2015

Sungguh, Saya Cintakan Awak ~ Shaista Hazig

Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah!

“Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL

“Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA

“Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL

Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra.

“Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN

Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang?
“Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra

“Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal

Dalam hati Ajmal hanya ada Adra. Namun, bagaimana pula dengan cinta Yasmin, calon pilihan umi Ajmal? Mampukah Ajmal mempertahankan hubungan cintanya dengan Adra saat waktu pertunangannya hanya tinggal beberapa hari lagi dan semua persiapan telah dilakukan? Antara cinta dan keluarga, yang mana menjadi pilihan Ajmal? Sungguh, Saya Cintakan Awak merungkaikan kisah cinta yang penuh emosi ini
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...