NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 9 December 2015

Italian Boy ~ Dekna Lee

Benji pulang ke Malaysia Setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sabilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya.

Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu.

Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalutenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang panggil 'darling'. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api.

"I miss you." ~ Benji
"Tell that to your darling!" ~ Oddie

Mungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia.

"Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai." ` Sofian, abang Oddie.

Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh. Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila 'darling' Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka.

Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan.

"...Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam, Oddie tak mapu nak teruskan dah." ~ Oddie

Apakah kesudahannya? Kuatkah jodoh mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan deruan ganas ombak yang menghempas?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...