NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 8 December 2015

Khairizal: A Love Story ~ Nuraqilah Syuhaida

“Abang, mana abang pergi selama ni? Rina rindu abang... Rindu sangat-sangat...”

Selepas kehilangan insan yang tersayang, Khai berubah menjadi dirinya yang dulu, iaitu seorang tomboi. Baginya, lebih baik dia mencari punca kehilangan suaminya meskipun terpaksa bertindak sendirian! Ya, Khai berani melakukannya. Demi menuntut kebenaran yang tiada siapa dapat merungkaikannya.

Namun, tak mungkin Khairul dan Azman akan membiarkan Khai bertindak sendirian. Dengan bantuan mereka, Khai semakin menghampiri kepada kebenaran. Sehinggalah, mereka terjumpa ‘seseorang’ yang menyebabkan agenda mereka terkendala. Kehadiran Alif menyebabkan mereka musykil. Agenda mereka terutamanya Khai jadi terpesong semenjak hadirnya lelaki itu.

“Aku perasan sesuatulah, Khai.”
“Apa dia?”
“Muka kau macam perempuan. Kalau rambut kau panjang sikit mesti kau dah jadi perempuan.”

Kehadiran Alif membuatkan hati Khai yang sedang berduka, terubat sedikit rasa kerinduan terhadap suaminya. Adakah Alif mampu menggantikan Rizal dalam hatinya? Atau kehadiran Alif harus disembunyikan daripada pengetahuan sesiapapun agar lelaki itu tidak menjadi mangsa sepertimana Rizal menjadi mangsa?

“Aku cintakan kau! Hati aku jadi tak keruan sejak pertama kali aku pandang kau dekat kampung. Walaupun masa tu aku belum tahu kau perempuan. Aku tak pernah ada perasaan macam ni pada sesiapa pun.”
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...