Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 21 April 2015

J & J: Jodohku dan JanjiNya ~ Suzana Sulaiman

Terkejut. Terkedu. Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika ‘dilamar’ oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali. 

“Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah,” akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah. 
“Kenapa?” berkerut dahi Jannah. 
“Saya tak ada jawapan untuk soalan tu.” 
“Mustahil!” 
“Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak.” 
“Ayat player tu, Jihad.” Jannah ketawa sinis. 
“Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong.” 
“Then, you must be crazy. You don’t even know me.” 
“Love is kinda crazy.” 

Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah. 

“Jihad Mikhael, will you take me as your wife?” Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu. Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang. 

“Can... can you say that again?” Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya! Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? 

Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri. “Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?” “Kebahagiaan itu telah menjadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then.”
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

S.A.M.U.R.A.I. ~ Dekna Lee

Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat
“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur
“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat

“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang. Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Tuesday 14 April 2015

Cinta Dua Zaman ~ Azri Misti

Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua penumpang lelaki dibunuh dengan kejam! Aina dan Dira berjaya diculik oleh lelaki berpakaian besi manakala yang lain-lainnya terpelanting dibawa arus lautan. 

Dalam tidak sedar, mereka telah melangkaui garisan waktu antara dua zaman! Pertemuan Shira dengan seorang lelaki soleh bergelar Panglima Bayang mengubah segala-galanya. Senyuman pendekar itu berjaya menambat hati kasarnya. Tidak ada sebab untuk dia menolak lelaki itu hadir dalam hidupnya. Dalam diam, cintanya dipahat kukuh untuk lelaki itu. Panglima Bayang adalah seorang lelaki satu dalam sebilion! 

Malangnya, sesuatu yang tidak diminta datang melanda. Hati gadis cantik itu luluh melihat kesungguhan Panglima Bayang mempertahankan dirinya sehinggakan sekujur tubuh pahlawan itu rebah bermandikan darah akibat disantau!“Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang teratas, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku.” Dapatkah Shira diselamatkan? Siapakah Panglima Bayang? Berjayakah Hakim menemui Shira? Cinta Dua Zaman antara Panglima Bayang dan Hakim hanya Shira yang boleh putuskan!
*****
(SEM) RM25.90 > RM22.80
(S/S) RM28.90 > RM25.40

Cinta Masam Manis ~ Aina Meira

Kebahagiaan rumahtangga Feeda dan Johan sunyi bila ditakdirkan mereka tidak dikurniakan cahayamata. Kehidupan Feeda dan Johan bertambah kacau bilau apabila ibu Johan, Puan Sally mula mengatur rancangan untuk menjodohkan Johan dengan anak sepupu kesayangannya Arissya dengan alasan untuk memperolehi zuriat.
*****
(SEM) RM30.90 > RM27.20
(S/S) RM33.90 > RM29.80

Friday 10 April 2015

Duda Terlajak Laris ~ Aifa Batrisya

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Friday 3 April 2015

Keagungan Cinta Murobbi ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum

Dunia menangisi pemergian seorang tokoh agama dan pemimpin unggul yang amat di senangi kawan dan disegani lawan. Setiap detik perjalanan hidup dan perjuangan beliau penuh dengan tarbiyah yang boleh dicontohi.

Seorang Murabbi yang menginfakkan seleuruh hidupnya pada agama dan perjuangan. Seorang manusia yang punya rasa cinta mendalam pada agama dan membawa agama dalam kehidupannya. Beliau Mengagamakan politik bukan mempolitikkan agama. Keagungan Cinta Seorang murabbi yang merasakan perjuangan terlalu manis dan punya matlamat yang jelas iaitu sebagai persiapan bagi kehidupan yang satu lagi. Walaupun beliau boleh memilih untuk hidup mewah sepanjang menjadi Menteri Besar, namum Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Gurauan Asmara ~ Izma Qahiera

Kalau bukan sebab nak melunaskan hutang PTPTN, tak ingin aku bekerja di bawah arahan Tengku Haizal. Perangainya sangat menjengkelkan, tidak melambangkan ciri-ciri seorang bos langsung. Benci semakin menebal apabila kaum kerabat dialah yang menyebabkan kaki aku lumpuh.

"Alah, dia bukannya ikhlas nak tolong kita, abah. Dia nak tutup rasa bersalah sebenarnya. Apa dia ingat bila dia tabur duit Dayang nak maafkan kakak dia? Tidak. Sampai mati pun Dayang takkan maafkan kakak dia. Dayang nak kaki Dayang balik!” - Dayang Shareena

Nama dia Tengku Haizal. Apa saja yang dia mahu pasti akan direalisasikan walaupun terpaksa meletakkan martabatnya di hujung tapak kaki Dayang. Hancur hatinya melihat gadis pujaan hati terduduk kaku di kerusi roda.

“Seminggu saya kehilangan awak. Saya tak akan benarkan awak hilang lagi dari pandangan saya. Awak marahlah macam mana sekali pun, saya berjanji saya akan pastikan awak berjalan semula.” - Tengku Haizal

Tak mungkin aku akan berjalan kembali. Namun kenapa setiap
kali dia tiada, telinga sentiasa terngiang-ngiang akan gurauan-
gurauannya? Adakah ini yang dikatakan gurauan asmara?

"Saya tak sukalah duduk sebelah Natrah ni. Kita tukar tempat duduk nak tak?" - Tengku Haizal
"Okeylah tu.Tengku kan memang suka spesies macam tu." - Dayang Shareena
"Spesies macam mana pulak?" - Tengku Haizal
"Spesies suka meraba-raba. Macam Tengku juga kan?" - Dayang
Shareena
"Saya tak suka dia. Saya suka kat awak. Takkan itu pun tak faham lagi? Awak ni spesies bengap ke bongok?" - Tengku Haizal
*****
(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40