NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, 28 February 2016

Hot Chocolate & Tea Lady ~ Ramlah Rashid

PERTEMUAN pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati! Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

Nak berlagak? Aku anak tuan punya syarikat ni pun tak berlagak macam tu. Dia, setakat pekerja aje nak tunjuk hebat? Tegaslah konon! – Shaza Amira

“Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak Tuan Rusman yang cantik, muda dan bijak macam ni abang kata tea lady, kan? Memang patut pun Sha marah.” – Adam Aiman

Laa... aku tercongok temankan dia dekat tiga jam, alih-alih ajak pergi surau aje? Kenapa Tuan Rusman ni? Apa masalah dia?
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...