NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 10 March 2016

Ingin Kugapai Bahagia ~ Norhasnida

“Zafran dah buat keputusan. Zafran akan kahwin dengan Syira.”
“Kenapa saya?!”
“Sebab awak dah berjaya curi hati saya. Saya akan setia menunggu.”

Adwa Insyirah benar-benar tergamam mendengar pengakuan berani mati daripada anak muda itu. Sesungguhnya pengakuan yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan dunianya ibarat hampir kiamat.

“Kalau nak dibandingkan dia dengan Izzat, mungkin tunang kau ni seribu kali lebih hebat daripada dia. Kau sepatutnya lebih menghargai dia, Syira.”

Kerana budi, Adwa Insyirah terpaksa menerima lamaran itu. Walaupun hakikatnya rasa cinta tidak pernah hadir buat lelaki itu. Keputusan dibuat dengan harapan dapat melupakan segalanya mengenai Izzat, bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan gadis lain.

“Aku cuma nak kau tinggalkan Zafran. Cerminlah diri tu sikit. Layak ke kau kalau nak dibandingkan dengan dia? Kau sedar tak yang kau cuma akan memalukan dia?”

Kenapa sekarang? Kenapa aku harus berdepan dengan semua ini?

Adwa Insyirah sedar kekurangan dirinya. Kedudukan mereka memang tidak setaraf jika hendak digandingkan bersama. Apatah lagi mahu berkahwin dengan lelaki itu. Mampukah Adwa Insyirah menerima ketentuan takdir hidupnya? Dan adakah dia dapat mengecapi secebis bahagia dalam hidupnya selepas semua yang berlaku?

“Kenapa terlalu banyak ujian untuk Syira, mak? Lepas satu, satu dugaan yang datang. Syira tak kuat untuk hadapi semua ni. Syira tak kuat...”
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...