NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 3 March 2016

Kerana Cinta ~ Bunga Amani


ANIS... Hidupnya berubah setelah dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah angkara keluarga tirinya. Tiada siapa yang tahu dia hilang ke mana kecuali sahabat baiknya. Segala-galanya ditinggalkan termasuklah ayah kesayangannya dan juga telefon bimbit pemberian kekasih hatinya. Tanpa disangka, ada cerita yang tersembunyi semenjak kehilangannya.
FATEH... Pertemuan demi pertemuan antara dirinya dan Anis tidak disedarinya. Baginya Anis ialah seorang gadis lepasan SPM yang sering membuat kemarahannya memuncak. Tak mungkin dia akan jatuh cinta kepada gadis hingusan seperti Anis. Tidak sama sekali.

Tetapi lain pula bagi Anis. Setiap pertemuannya dengan Fateh mengundang satu perasaan yang aneh. Walaupun hatinya telah dimiliki, namun wangian Fateh membuatkan perasaannya mula tergugat. Walaupun Fateh tidak ingat pertemuan pertama mereka, tapi tidak bagi Anis. Setiap pertemuan ada ceritanya sendiri.

“Dulu masa saya bercuti di kampung datuk saya, kereta kesayangan saya ni pernah kena ‘berak’ dengan kerbau.” - FATEH
“Mesti awak marah, kan?” - ANIS
“Huh! Apa pula tak marah? Itulah kali pertama dalam hidup saya rasa malu yang teramat sangat. Kalaulah saya jumpa orang yang baling tahi kerbau tu pada Prosa saya ni, saya tarik dia dan tonyoh muka dia dengan tahi kerbau!” - FATEH
“Saya rasa awak tak akan sampai hati nanti.” - ANIS
“Huh... Awak tengok ajelah nanti!” - FATEH

Ketika hati Anis benar-benar pasti cintanya milik siapa, kehadiran seseorang telah mengubah hidupnya. Terbongkar rahsia yang telah tersimpan berbelas-belas tahun. Hidupnya berubah tanpa diminta. Kenyataan hidup yang tidak pernah dia harapkan berlaku.

“Fateh, aku tak setuju pun nak bertunang dengan Anis tu! Aku tahu kau cintakan Anis! Lagipun aku anggap Anis tu macam adik aku sendiri!” - BUNYAMIN
“Kenapa kau tak cakap? Kenapa kau diam masa abah sibuk merisik Anis tadi?!” - FATEH
Seorang demi seorang menagih cinta Anis. Kenapa begitu sukar sekali perjalanan cinta mereka? 

Mampukah Fateh mendapatkan cinta Anis? Dan relakah Anis mengabaikan pilihan mama dan arwah ayahnya demi cintanya kepada Fateh? Ikuti perjalanan kedua-dua insan ini demi mempertahankan cinta suci dalam… Kerana Cinta...
*****
(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...