NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 14 May 2016

Akad Kedua ~ Ana Eimaya

“Ini keputusan muktamad abi dan ingat… Khuz tak boleh kata tidak.”- Tan Sri Junaidi.

Mampus! Memang sah-sahlah Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Baginya, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut mendirikan rumah tangga untuk kali kedua, awal-awal lagi dipangkah oleh abi.

Nak tak nak, ‘ya’ jugalah jawabnya.

“Kerek! Ego! Membosankan!”- Dhia

Belum sampai sehari bergelar isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu.

Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta... itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hatinya yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya.

“Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu? Hati saya ni ada satu ajelah.”- Khuz.
“Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?”- Dhia
“Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!”- Khuz.

Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat.

“Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua kepada Dhia, aku cadangkan supaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau.”- Irsyad

Datanglah seribu langau mahupun pendendam sekalipun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung.

“Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan aku. Murah. Kau tahu tak erti mu-rah?”- Daliya

Murah? Apa maksud Daliya, bekas isteri Hasbi Khuzairy? Apa yang Dhia Irdina telah lakukan? Dan berhasilkah Hasbi Khuzairy menjadikan perkahwinan kali ini yang terakhir?
*****
(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...