NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 4 August 2016

Percaturan Hati ~ Freezia

Ellisa terpaksa menerima hukumannya; menjadi orang gaji tak berbayar kepada nendanya sendiri apabila dia tanpa sengaja telah menghilangkan syiling emas orang tua itu. Sehingga nilai emas itu tertebus, dia akan terus terpenjara di rumah Wan Jamsiah melainkan dia berjaya mencari dan memulangkan kembali barang bernilai itu.

Itu mustahil! Emas unik itu dihilangkan sewaktu dia melancong ke Rome, Itali. Syiling itu telah tenggelam ke dasar kolam Fontana de Trevi bersama beribu-ribu keping syiling lain dari seluruh dunia. Memang sudah tak ada harapan!

Namun, keajaiban terjadi apabila seorang jejaka tampan tak dikenali yang tiba-tiba datang mencarinya di rumah Wan Jamsiah! Lelaki mualaf bernama Zayn itu hadir bersama satu-satunya barang yang boleh membantu Ellisa, syiling emas unik Wan Jamsiah! Namun, ganjaran yang dia minta bukan sembarangan.

“I wish to marry Ellisa.” – ZAYN

“Say what?! Gila ke?” – ELLISA

Susulan dari kemunculan Zayn, Ellisa dituduh sebagai seorang pemberontak oleh neneknya. Tanggapan Wan Jamsiah, Ellisa seorang yang bermasalah. Sudahlah Ellisa itu pernah memfitnah cucu kesayangan dan kebanggaannya, Posh. Kali ini tergamak pula berkawan dengan lelaki warga asing. Wan Jamsiah cukup tak suka!

Walaupun Zayn masih seorang yang agak misteri pada Ellisa, mereka akhirnya disatukan. Buat pertama kali, Ellisa punya tempat sokongan. Zayn pula nampaknya sangat menghargai hidup berkeluarga biarpun Wan Jamsiah tidak menyukainya. Namun, bermula saat itu juga, terungkai satu per satu kisah silam yang membentuk seorang Zayn kini. Dan kisah Ellisa dan Zayn menjadi semakin rumit dengan kepulangan Posh.

“Sama ada you tinggalkan dia, atau I beritahu pada dia siapa you yang sebenarnya. Ellisa tu bodoh. I tengok dia pun I tahu yang dia tak tahu apa-apa fasal you.” – POSH

Hati Ellisa terjebak dalam dilema. Tetapi, tidak sewenangnya dia mengalah. Masjid yang telah dibina atas niat dan matlamat yang suci harus dipertahan.

Demi cinta, Zayn tampil menjadi knight in shining amour buat Ellisa yang sekian lama ditindas Posh dan Wan Jamsiah.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...