NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 2 September 2016

Indahnya Cinta ~ Eefa Azwany

Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga.

“Saya suka awak” – Haiqal.
“Saya rasa kepala awak ni dah tak betul.” – Farah Zulaikha.

Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu.

“Amboi, panggil sayang baru nak pandang.” – Haiqal.
“Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar.”- Farah Zulaikha.
“Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah.” – Haiqal.

Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yang cukup besar.
Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yang sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah Zulaikha bagai dilanda tsunami?

“Saya baru saja dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.”- Izz Aidan.
“Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa? Izz, awak dah buat laporan polis ke?” – Farah Zulaikha.
“Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak.” – Izz Aidan.
“Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!”- Farah Zulaikha.
“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.” – Izz Aidan.
“Gila!!!” – Farah Zulaikha.

Kata Izz Aidan... ‘You have to let go of the past so that the future can come in its place.’
Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...