NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 28 October 2016

Bunga Terakhir ~ Fatrim Syah

Dua kisah.
Dua sahabat.
Dua rumahtangga.
Dua dugaan.

Bazli yang menduda di usia muda dipertemukan dengan cinta keduanya Juwita manakala Adam Lee seorang mualaf berkahwin dengan Dahlia cinta hatinya namun ia bukan mudah bila kebencian keluarga menjadi penghalang.

“Berilah abang hak untuk bahagia macam orang lain, abang nak rasa sempurna macam orang lain.” - Bazli

“Tapi umi, hinakah seorang mualaf macam Adam ni umi? Salah Adam ke kami tak ada anak sendiri?” - Adam Lee

Namun, kebahagiaan yang mereka cari merupakan satu titik permulaan kepada sebuah dugaan. Adakah Bazli benar-benar mendapat sebuah cinta sejati?

“Ya. Juwita tidak mahu jadi anak derhaka bang. Sebab abang, hati Juwita ni sakit, Juwita terpaksa hadapi semuanya dalam pura-pura!”- Juwita

Adam Lee yang selama ini bertahan dengan kebencian keluarganya sendiri dan ibu mertuanya cuba mempertahankan rumahtangganya bersama Dahlia tapi sampai bila?

‘Maafkan Dahlia bang, bukan pinta Dahlia sebegini, tapi lebih baik abang tak tahu apa yang berlaku. Cukuplah apa yang abang hadapi selama ni,’ - Dahlia

Di sebalik kisah rumahtangga dua sahabat, ada wanita yang menyimpan hati dalam diam. Kasih yang mencari-cari erti sebuah cinta sebenar muncul dalam hidup Bazli. Manakala Wani, sahabat baik Adam Lee cuba memahami keadaan sahabatnya tapi akhirnya terperangkap dalam satu insiden besar bersama Adam Lee.

Tapi, soal jodoh pertemuan yang diatur Tuhan tiada siapa yang dapat menduga pengakhirannya. Percayalah, Tuhan akan memberikan ujian semampunya yang boleh ditanggung oleh hambanya yang memunculkan bunga kebahagiaan pada akhirnya yang diberi nama Bunga Terakhir.
***
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...