NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 7 November 2016

Cik Sederhana dan Encik Segak ~ Airisz

AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.

Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.

Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku buat-buat balik negeri, Sierra Leone.

Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!

“Saya tanya, siapa nama awak?”
“Rissa…”
“Nama penuhlah!”
Eh, tak puas hati pula dia.
“Saadiah Za’azie Rissa.”
“Siapa?”

Aku dah agak. Siapa pun yang tanya nama aku, mesti tanya balik semula walau aku jawab dengan jelas.

“Saadiah Za’azie Rissa.”
“Apa pasal panjang sangat nama awak? Ayah awak memang nak dera bakal menantu dia ke?”

Saat dia bawa aku bertemu keluarganya, aku dah mula risau. Boleh ke keluarga dia terima aku? Kami bukankah dari darjat yang berbeza? Dan inilah kisah kami berdua. Aku, cik yang serba serbi sederhana dan dia, encik segak yang sentiasa kelihatan sempurna.
***
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...