NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 3 January 2017

Kisah Perempuan ~ Aina Emir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

KISAH PEREMPUAN merupakan koleksi cerpen dan cerpan, mengisahkan kehidupan kaum wanita. Cerita-cerita ini bukan sekadar khayalan atau imaginasi tetapi penuh kebenaran dan realiti.

Berdosakah Aku membawa kisah Lin yang sedang mencari identiti diri. Dia masih muda namun sentiasa rasa tersisih dalam keluarga. Semestinya ada sejarah lama yang membuatkan hidupnya sengsara. Sementara gadis bernama Ninie dalam Bondaku pula sangat kecewa dengan sikap bondanya. Ibunya seorang ibu tunggal yang sering lupa daratan. Malah sangat materialistik hinggakan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Bagaimana Ninie mahu atasi masalah dalam hidupnya ini?

Kisah Kamilia dalam Bukan Aku pula, membawa kisah hidupnya dengan seorang kekasih yang cemburu. Walaupun menyayanginya, Kamilia tertekan dengan sikap Robin, kekasihnya itu. Suatu tragedi telah melibatkan Robin, tetapi kenapa pula Kamilia yang terpaksa menanggung padah tragedi itu? Ada apa sebenarnya?

Sementara Bukan Hebat membawa kisah Zurina yang merasakan dirinya lengkap sebagai seorang isteri yang hamper sempurna. Dia sangat bahagia, namun segala-galanya berubah bila sesuatu terbongkar. Sebagai seorang wanita yang cekal, apakah tindakannya untuk menggapai kebahagiaan itu semula?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...