NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 6 January 2017

Sanggupkah Bersabar Sayang? ~ Rehan Makhtar

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.

“Tongkat saya mana?” - Qaiser Wardah

“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel

Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.

“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?” - Qaiser Wardah

“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel

Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi.

“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” - Tengku Cairel

“Kita masing-masing perlukan waktu.” - Qaiser Wardah

Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.

“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... Selagi ada asa, selagi ada nyawa. Biarpun abang harus menderita...” - Tengku Cairel

“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… Abang tak mampu membalas renungan Mawar…” - Qaiser Wardah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...