ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 23 February 2018

Jodohku Jejaka Jelita ~ Aliesha Kirana

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Saya serius, awak. Kahwin dengan saya!" - ANDRA ARRIAN

Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau, ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak? Itulah yang terjadi kepada aku, Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta, aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara!

"Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi, Andra" - AYESHA HUMAIRA
"Saya tak buat lawak, apatah lagi main-main. Apa caranya untuk awak yakin saya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Ayesha." - ANDRA ARRIAN


Dalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun, Rizwan hadir menagih cintanya kembali.

"Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang, janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?" - RIZWAN

Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang!


"Actually your husband sukakan kaum sejenis, macam I," - HYKE

Hubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arrian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan! Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh, kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku, kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain? Adakah aku bisa bahagia, ya Allah? Bantu aku!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...