ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 19 March 2018

Orkid Serena ~ Luna Adresia

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta.

Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali.

"Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish

Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu?

"You should love us, both." - Orkid Serena

Justeru bagaimana seseorang harus mendefinisikan keajaiban? Dalam dunia Orkid Serena yang sukar dimengerti, cuma ada insan lelaki bernama Aifan, yang cuba menanam rasa cinta dalam diri Orkid Serena.

"She's my sister. Of course, I love her, both." - Aifan

Dan Fayadh, yang melupakan rasa kerana merasakan dirinya tidak layak untuk terus menjaga dan melindungi Orkid Serena.

"I love her both too." - Fayadh

Orkid Serena dirasakan terlalu istimewa. Jadi, siapa sebenarnya yang bakal merasai keajaiban dalam jiwa bersama Orkid Serena?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...