ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 18 May 2018

Lamaran di Taman Nakajima ~ Marissa

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Wei!” Linda sahabat baik panggil aku di tempat ketibaan.
“Sorrylah. Aku tak tahu handphone aku cicir kat mana.”
“Memanglah. Aku telefon, mamat yang jawab. Dia cakap kau tertinggal handphone kat tempat duduk kau.”
“Allah.” Aku pegang dahi. 
Rasanya sebab tu kut lelaki sebelah aku panggil aku. Salah dia jugaklah. Yang panggil aku sayang tu kenapa? Panggil saudari saja tak boleh ke? Kalau dia panggil aku kakak pun aku takkan marah punya. Ini siap panggil sayang. Dia ingat aku apa?

Aku jumpa dia kali pertama di dalam pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Tak sangka duduk sebelah dia dan dikelilingi kawan-kawan dia. Ada seorang kawan dia suruh aku berhati-hati dengan dia sebab dia dikatakan mat romeo.

Masa pesawat sudah mendarat, kelam-kabut aku tinggalkan tempat dudukku. Si mat romeo bukan main panggil aku.

“Sayang…”
Gatal!
Semakin laju aku melangkah. Tak toleh-toleh lagi. Kalau toleh, sah aku pulak yang dia tuduh gatal.

“Sayang, tunggulah. Awak tertinggal ni…”
Aku jeling tajam.

“Awak tertinggal hati saya!”
Kurang ajar. Dia main-mainkan aku rupanya. Habis aku kena gelak dengan kawan-kawan dia.
Aku tak tunggu lagi dan baru aku tersedar telefon bimbitku tiada bersamaku. Rasanya kisah aku dengan lelaki tu bakal menjadi panjang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...