ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 11 May 2018

Panahan Cinta Mr. Agoraphobia ~ Suri Ryana

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Tok! Tok!
Tidak ada jawapan.

"Assalamualaikum.." Aku cuba memberikan salam pula.

Masih tidak ada jawapan. Apa aku nak buat ni? Terkulat-kulat aku sendirian. Mungkin dia dah tidur agaknya. Ah, abort mission, Thalia. Abort mission! Aku mula memberikan arahan buat diri sendiri. Lagipun tiba-tiba rasa tak berani pulak.

Baru sahaja kaki hendak melangkah, pintu dipulas dari dalam. Terkuak luas daun pintu yang aku ketuk-ketuk tadi dan susuk tubuh lelaki itu menjelma di muka pintu. Hanya memakai seluar tracksuit biru dan tidak berbaju, menampakkan tubuh tegap dan maskulin miliknya. Masalah ni! Aku cuba fokuskan pandangan pada wajahnya sahaja. Nampaknya, anak mata Tuan Faleeq sudah mula berlari ke arah rambutku yang terlepas bebas dan turun ke leherku. Aku nampak riaknya berubah dan pandangannya kembali melekat pada mataku semula.

"Tuan Faleeq.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku. Tadi berani sangat Thalia..sekarang kenapa jantung rasa macam nak pecah ni? Dia merenung ke arahku dengan penuh tanda tanya.

"Why are you still awake at this hour?" Soalnya dengan penuh prihatin. Pandangan redup itu bertamu di wajah membuatkan aku sedikit tidak keruan.

"Err..saya nak kasi ni." Terus aku menghulurkan dulang di tangan ke arahnya dengan gugup.

"Thank you." Ucapnya yang mahu mengambil cawan dari dalam dulang.



"Don't.." Terburu-buru aku menghalang. Dia dah tayang riak pelik. Aku tersenyum sedikit.
"Cawan tu masih panas lagi. Saya letakkan dulang ni atas meja ya?" Sebaik sahaja berkata
begitu, dia bergerak ke sebelah kiri pintu bagi memberi laluan kepadaku untuk masuk.

Dengan cermat aku melangkah ke dalam. Kalau aku tak masuk, bagaimana aku nak cari tahu tentang sebab dia berlagak begitu denganku? Manalah tahu aku dapat jumpa apa-apa pembayang atau hint kat dalam ni. Tuan Faleeq juga turut sama masuk ke dalam bilik ini. Pintu ditutupnya rapat dan aku mulalah kekok. Nafas aku tarik dalam-dalam.

Setelah meletakkan dulang ke atas meja kerjanya, aku terus menoleh ke arah lelaki itu. Nyata dia sedang merenung ke mari. Tshirt yang terdampar di atas sofa dicapainya dan dia terus sarungkan ke tubuh. No more freeshow ya! Aku lihat dia meraupkan wajahnya apabila pandangan kami bertemu. Dah kenapa macam tak keruan pula keadaan lelaki yang selalu berkeyakinan tinggi itu?

"Ini bilik kerja awak?" Soalku sekadar berbahasa basi. Dia angguk kecil.

"Yes..my working zone." Itu sahaja yang keluar dari bibirnya dan dia sudah mula duduk kembali di atas kerusi.

Fail dicapai dan seluruh fokusnya hanya di situ. Nak goda konon, sembang dengan kau pun dia tak nak! Macam ada berlian dalam mulutnya tu. Pandanganku terhala pada rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta mainan di sudut kanan bilik. Menarik!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...