ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 25 June 2018

Noktah Cinta ~ Fatin Nabila

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Tentang Najma Ameena, seorang gadis dalam usia 23 tahun. Seorang yang biasa-biasa saja. Bukanlah gadis yang cantik sangat pun. Tetapi, dia menjadi igauan beberapa lelaki yang hadir dalam hidupnya. Najma tinggal bersama-sama dengan ibunya, Bahiyah. Ayah Najma sudah lama meninggal dunia. Kakaknya, Farah Adira, bekerja di Singapore. Adira membawa diri ke sana setelah kecewa bercinta dengan Hanafee, rakan yang dikenali di kolej. Adiknya, Sarah Azalea atau Yaya, belajar di kolej. Jadinya, hanya Najma dengan ibu di rumah. Najma sangat rapat dengan ibunya.

Najma akrab dengan Saif, jiran sebelah kanan rumahnya. Saif juga rapat dengan Bahiyah. Bahkan, turut panggil ibu kepada ibu Najma itu. Sejak dari kecil, Najma dan Saif rapat sebagai jiran, rakan sepermainan dan juga rakan persekolahan. Ibu dan ayah Saif sudah lama meninggal dunia. Saif tinggal dengan kakaknya, Fida. Suami Fida bekerja di Sabah. Saiflah yang menjaga Fida dan anak saudaranya, iaitu anak Fida yang masih kecil. Saif seorang yang cukup bertanggungjawab.

Bahiyah sangat sayangkan Saif macam anak sendiri. Saif sangat ambil berat pada Najma. Najma berkenalan secara tidak sengaja dengan Doktor Dizwar. Dizwar menegur cara Najma memandu yang cukup berbahaya. Pertemuan kedua ketika Najma tidak cukup duit mahu bayar pisang goreng. Dizwar yang kebetulan ada di gerai sama, tolong bayarkan. Dari situ mereka akrab. Tiga bulan berkawan, Dizwar ajak Najma bertunang. Najma pun dalam diam sangat senang dengan Dizwar. Senang tak bermakna cinta. Tetapi, apabila dilamar sebagai isteri, Najma rasa mahu lompat sampai ke bintang. Najma ajukan pada ibunya, Bahiyah. Bahiyah setuju jika Najma rasa itu yang terbaik. Pada ibu, dia tidak pernah memilih bakal menantunya. Ibu percaya yang Najma mesti bijak memilih bakal pasangannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...