Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 31 July 2018

Dia... Random Guy ~ Farah Husain

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.

Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.
Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina.

You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

200 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah ~ Siti Khadijah Muhamad Radzi

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.30

Dalam kita berusaha menegakkan sunnah, perkara utama adalah kita mengenal dahulu Rasulullah s.a.w., dan satu daripada perkara untuk mengenal baginda adalah kita menyusuri perbuatan dan amal dalam kehidupan sehariannya.

Penulisan pada kali ini adalah satu usaha untuk menyebarkan kembali gaya hidup junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita dapat bersama-sama beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.

Berani Menjadi Aku ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya. Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu.

Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik. Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah. Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah.

Up To You ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran! Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.

Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.

Mauizhah Hasanah 4: Talian Hayat di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40
Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah.

Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana.

Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh.

ANTARA KANDUNGAN
SELARASKAN KEHIDUPAN SEBELUM MATI
- Penderitaan Mayat Akibat Ratapan Orang Terhadap Dirinya
- Selaraskan Matlamat Hidup kepada Akhirat
- Islam Melarang Meratapi Kematian
- Mayat Terseksa Apabila Berlaku Ratapan

MAYAT DIAZAB AKIBAT PERBUATAN ORANG YANG MASIH HIDUP
- Tangisan Orang yang Masih Hidup
- Islam Melarang Binaan di Atas Kubur
- Ratapan Umpama Dijirus Air Panas Mendidih
- Pembahagian Harta Pusaka dan Pertengkaran
- Pertengkaran di Dunia Terbawa-bawa ke Akhirat

Thursday 26 July 2018

200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah ~ Nor Aniza Mad Azeri

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang ganjaran solat, mudahnya solat dan rajin solat mengikut gaya Rasulullah. Solat adalah perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam.

Solat terbahagi kepada dua, iaitu solat fardu dan solat-solat sunat. Solat fardu adalah rukun Islam yang kedua. Ibadah solat ini sukar dilakukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia ibadah yang berat.

Buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita mudah dan rajin solat berdasarkan 40 hadith sahih.

25 Misteri Menggemparkan Dunia ~ Adrie Noor Al-Fatia, Arnie Sanib, Mutia Althaf

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Buku sekuel kepada 50 Misteri Menggemparkan Dunia yang terjual melebihi lebih 20 000 naskah.

Naskah ini membongkarkan "misteri-misteri" yang selama ini tidak diketahui kebenarannya. Adakah ia rekaan? Ataupun sebenarnya itulah kebenaran?

Antara Kandungan:
MISTERI 1: Fenomena Matahari Hitam di Denmark
MISTERI 2: The Thaos Hum (Suara Dengungan Bumi)
MISTERI 3: Makhluk Hidup di Dalam Batu yang padat
MISTERI 4: Menara Ribut Pasir
MISTERI 5: Ular Berkaki
MISTERI 6: Mata dan Tangan Tuhan?
MISTERI 7: Unikorn
MISTERI 8: Ikan Berwajah Manusia
MISTERI 9: Batu Bernyawa
MISTERI 10: Tsunami
MISTERI 11: Lubang Kiamat
MISTERI 12: Gunung Pelangi

Sejarah Umat Islam (Edisi Kemas Kini) ~ HAMKA

(SEM & SS) RM59.00 > RM51.90

Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. 

Antaranya adalah:

TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
KERAJAAN BANI ABBAS
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)

The Definitive Book of Body Language ~ Allan & Barbara Pease

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:

Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.
Isyarat bahasa badan Si Penipu
Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah
Magik di sebalik senyuman wanita

Tuesday 24 July 2018

Jauh Kau Pergi ~ Dhiya Zafira

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Seperti setianya persahabatan Arthosm Porthos, Aramis dan d'Artagnan dalam The Three Musketeers, Rif, Jimmy, Eddie, Luqman dan Helmi menjunjung prinsip yang sama. Percaya dan setia antara satu sama lain. Komando GGK. Brotherhood. Mereka sahabat. Saudara dunia akhirat.

Bila Jimmy terbunuh dalam operasi rahsia. Dunia mereka musnah sekelip mata. Perhatian mereka tertumpu pada insan yang satu. Afiqah Najwa @Afi, kembar Jimmy.

Satu kematian. Satu pembunuhan. Satu konspirasi. Satu ketidakpastiaan, Tiba-tiba nyawa Afi dalam bahaya. Siapa Cougar sebenarnya?

"Jaga Afi, Janji dengan aku. Kalau sesuatu jadi pada aku, jaga Afi, Rif!"

HAQ II ~ Dhiya Zafira

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Polis?” Geleng.
“Tentera? Spy?” Geleng.
“Criminal? Smuggler?”
“Who do you think I am?”

Siapa Haq yang sebenarnya?

Alin keliru. Dia celaru. Lelaki berbahaya yang cuba menamatkan riwayatnya, kini berubah menjadi ‘her knight in shining armour’. Sukar mahu percaya, tetapi sebaik sahaja haluan mereka bertemu, dunianya berubah sekelip mata.

Haq buntu. Apa yang awalnya menjadi tugas biasa, berubah sehingga di luar kawalan. Mengenali seorang Adlin Suffiya tidak pernah termasuk dalam perancangannya. Tiba-tiba tujuan hidupnya berubah.

“Damn it Alin. I never wanted to end this way.
Falling in love with you was never in the plan.”

Alin tekad. Dia tidak akan menerima perkataan ‘TIDAK’. Lebih-lebih lagi bila dia yakin Haq mahu mengatakan ‘YA’. Lalu bagaimana caranya untuk meyakinkan Haq bahawa peluang untuk mereka bahagia masih tetap ada.

Dongeng Cinta ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

"Cinta itu seperti hantu. Selalu diperkata, tak semua dapat bersua...hanya yang bertuah, akan merasa."

Kompilasi 44 kisah hati. Ada tragedi, ada mimpi.
Ada masa indah, ada ketika bawa padah. 

Friday 20 July 2018

Bakal Suami Tak Jadi ~ Eidawati

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Azhan Farid. Dialah hero yang lali dengan gelaran Bakal Suami Tak Jadi. Kecewa ditinggalkan bila tangan tok imam sudah digenggam saat hendak dinikahkan. Rasa sakit hati hadir sehingga terasa memakan diri.

Tengku Aina Aminah. Heroin mulut laser a.k.a terlebih emosi. Senang dipanggil Minah walaupun ada yang kurang percaya. Dia jadi saksi tunang sendiri curang sehingga tercabar maruah diri.

"Nama dia Aminah. Panggil Minah. Kenapa, tak boleh? Nama lain apa kau nak lagi? - Farid
"Aku jumpa mamat tu! Muka ni... Muka aku ni dia simbah air kopi!" - Minah

Pertemuan Farid & Minah menimbulkan 1001 cerita. Masing-masing memendam rasa hingga perasaan mengalah tidak endah. Sudahnya, Farid & Minah bakal ada cerita sendiri yang akan mereka tempuhi.

"Kau tahu ke rumah Pak Lan tu kat mana? - Farid
"Peduli apa aku? GPS ada." - Minah

My Stupid Cupid ~ Miss Elle

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

"Mulai hari ni, Patricia Eden akan jadi anak kita. Kita namakan dia Sonia Iris." - Puan Naimah

Mata kebiruan dan rambut keperangan membuatkan bayi berusia empat bulan itu sungguh comel dan menawan.

Tak sampai lima minit Shah dan Sonia bersua muka, Shah telah menepuk wajah Sonia sehingga ruang tamu mulai bergema dengan tangisan.

"Shah! Kenapa pukul adik macam tu?" - Encik Yusuf
"Shah tak suka adik baby." - Aiden Shah

Mulut kata tak suka, ucapan benci meniti sedia di bibir. Tapi hati berkata lain.

"Ehem! Dengar sini semua ya? Aku tak suka sesiapa buli girlfriend aku. Mulai hari ini, aku nak beritahu korang, Sonia ni awek aku. Kalau ada sesiapa yang kirim surat bodoh tu lagi atau kacau dia, siap korang!" - Aiden Shah

Genderuwo ~ Hasrudi Jawawi

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sejak Faris kerap ke pohon banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi ‘sesuatu’. ‘Sesuatu’ yang menyerupai seekor mawas!

Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong di atas bukit berhampiran rumah mereka.

Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar. Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya!

Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan daripada anak kecil itu. Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu? Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris?

Projek Seram: Ofis ~ Naim Tamdjis, Julie Jasmin, Noorfadzillah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Ada misteri di sebalik lukisan. / ORKID - NAIM TAMDJIS
Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh. Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman. Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh. Apa yang sedang berlaku?

Walau jasadku hancur, pulangkan milikku. / USIK - JULIE JASMIN
Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu. Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai?

Masih Seperti Dulu ~ Azleya Shadzalin

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Rania Idayu yang baru pulang dari Abu Dhabi bersama tekad ingin membalas dendam terhadap suaminya, Ryan Hazeq yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita sehingga mereka terpisah selama lebih lima tahun. Rania dituduh melakukan perkara tidak elok dengan orang lain sehingga suaminya sendiri meninggalkannya.

Disebabkan fitnah, bapanya telah mengusirnya dari rumah tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

Rania mengambil keputusan untuk ke Abu Dhabi tanpa berfikir panjang. Di sana dia ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk di wajah. Rania Idayu dirawat dan dijaga oleh sebuah keluarga angkat Malaysia yang menetap di sana.

Setelah pulang ke tanah air dan berjumpa semula dengan Ryan Hazeq, keadaan berubah sama sekali. Ryan Hazeq kembali merayu kasih Rania Idayu dan ingin bersama semula dengannya. Walau bagaimanapun, Rania Idayu tetap berkeras tidak mahu bersama semula.

Thursday 19 July 2018

The Perfect Couple ~ Dea Zoraya

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Dea Eryna membuat satu keputusan berani mati apabila dia menjalankan rancangan untuk mengurat Ahmad Fahin, seorang yang sombong, ego dan bermulut celopar. Namun cubaannya sering kali gagal.

“Saya nak awak jadi suami saya boleh? Saya dah jatuh cinta dengan awak sejak awak marah saya tempoh hari.” - Eryna.

“Kau nampak sepana kat tangan aku ni? Ini kalau akuketuk kat kepala kau mahu kau hilang ingatan, terus lupa kat aku selama-lamanya. Jadi... jangan terus mengarut sebelum aku hilang sabar.” - Fahin.

Adakah Dea Eryna berjaya mendapatkan cinta Ahmad Fahin? Dapatkah mereka bersatu dalam tempoh yang singkat?

Izinkan Kupergi ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.
Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Cukuplah Allah Bagiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama penathebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.

Semoga ujian yang hadir bersama air mata itu bukan sebagai petanda kita lemah tetapi sebagai petanda kita sedang mengumpul kekuatan.

Mr. Gentleman Dambaan Wanita ~ Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya.

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam. Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.

Misi Bebas Hutang ~ Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri.

Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya). Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Fauzan ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM50.00 > RM44.00

Terjemahan dengan bahasa Melayu kontemporari

Kelebihan Alquran ini:
  • Subtopik pada terjemahan ayat 
  • Disertakan Asbabun Nuzul ayat 
  • Hadis sahih pilihan 
  • Diwarnakan doa daripada al-Quran 
  • didatangkan dengan 2 warna, pink & biru

Ensiklopedia Akhlak Rasulullah ~ Dr. Norhanisah Senin, Dr. Siti Fairuz Ramlan, Yusuf Hawasy, Faiz Muhamad

(SEM & SS) RM75.00 > RM66.00

Akhlak merupakan cerminan daripada pancaran keimanan yang telah meresapi dan menepati dalam hati seseorang. Oleh sebab itu, akhlak yang lahir daripada seseorang merupakan tindak balas automatik daripada minda bawah sedarnya tanpa boleh dibuat-buat. Jika baik imannya, maka baik akhlaknya. Begitulah sebaliknya.

Komik Daurah: Alam Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki, Athool

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Siri Komik Daurah yang julung kalinya diterbitkan menceritakan perihal kematian. Apabila manusia meninggal, mereka akan menghadapi suasana alam barzakh terlebih dahulu. Kisah alam barzakh ini berdasarkan daripada tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang diadaptasi dalam bentuk komik.


Apabila masuk sahaja jenazah ke dalam liang lahad, himpitan kubur akan berlaku sebelum disoal oleh dua malaikat penyoal di dalam kubur. Kemudian, kita akan di panggil oleh malaikat Ruman sebelum bertemu Munkar dan Nakir. Suaranya bagai halilintar, matanya bagai cahaya kilat atau petir yang menyambar. Taringnya panjang menjulang ke langit dan menceceh ke bumi. Komik ini juga sesuai sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan dan ilmu.

Mikhail ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Sunday 15 July 2018

Terakhir Untuk Selamanya ~ Kathy Tuah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya, Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia. Namun, demi membuktikan dirinya kuat tanpa lelaki bernama suami di sisi, Kayla bangkit. Dia berubah menjadi Kayla yang lebih dramatik, Kayla yang lebih anggun dalam agama dan tutur kata, Kayla yang ala-ala wonder woman. No lelaki, no hal. Tetapi, bertemu dengan Adli, hati yang retak seribu, mula bercantum-cantum. 

Hati yang dingin macam ais, mula cair. Kata tak nak bercinta, tapi kenapa hati ini melompat-lompat setiap kali terlihat mamat ni? Bila Adli ajak kahwin, Kayla terkejut. Mamat ni tak rabun hati kan?

"Kayla... kita kahwin...” Kayla yang tadi mengayun langkah terus termati langkahnya.
"Kayla... kita kahwin...” ulang Adli lagi. Kali ini nadanya lebih yakin berbanding tadi.
"Awak tak tahu masa silam saya, Adli. Saya bukan seperti Kayla yang awak lihat sekarang ni. Saya dulu...” "Masa silam saya juga tidak seindah yang awak sangka, Kayla. Tapi awak kena tahu, Allah lihat kita yang hari ini, bukan kita yang semalam atau sebelumnya.”

Supir Pujaanku ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Halluu… Halluu… Halluu… supir jelita anda sudah mari!”- Afiyah

Dia memang pelik. Menggelar dirinya supir kerana mahu lari daripada gelaran driver atau pemandu yang sudah biasa orang gunakan. Penampilan pun memang pelik. Perempuan jelita yang acah-acah jadi lelaki atau tomboi.

“Afiyah… awak sajalah harapan saya untuk menikah cepat-cepat dengan Liyana. Awak kena berlakon pura-pura nak rampas saya. Kalau dia cemburu, pasti dia akan setuju cepatkan pernikahan kami.” – Arman

“Encik Arman, boleh tak jadi waras sikit. Bab rampas-merampas ni bukan main-main tau. Saya tak nak kena simbah asid. Saya nak hidup normal.”- Afiyah

Arman tiada jalan lain selain daripada meminta Afiyah berpura-pura menjadi orang ketiga dalam pertunangannya dengan Liyana. Tunang kesayangan bermain tarik tali untuk menoktahkan hubungan mereka ke jenjang pelamin. Besar harapan agar Liyana cemburu dan setuju untuk lekas-lekas bersatu. Kerana kasihan, Afiyah setuju. Namun dia terperangkap apabila hatinya sendiri jatuh cinta terhadap Arman.

Hubungan Afiyah-Arman-Liyana bertambah kusut apabila terjadi satu tragedi.

Bos Aku Kerek ~ The Awesome Five

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Siapa suruh awak duduk?"
"Eh, betu ke apa yang saya dengar ni?"
"Saya serius. Siapa suruh awak duduk?"

Nur Syaza. Rutin hariannya bertukar seratus lapan puluh darjah apabila dia diterima bekerja sebagai setiausaha Ahmad Zhafir (sila baca: Mad Sapi). Dia bukanlah jenis yang senang untuk tidak suka pada seseorang. Tapi kalau Zhafir tu perangainya kerek-tahap-mintak-campak-lombong, memang sesuai sangatlah gelaran Mad Sapi tu.

"Mana tahu satu hari nanti abang jumpa perempuan yang ada magic spell ke..."
"Magic spell? Ingat ni cerita dongeng ke?"
"Eh, masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah!"
"Try me."

Ahmad Zhafir. Semua perempuan membosankan; kuat sangat merajuk, cerewet, suka membebel dan gedik. Sampai macam tu sekali tanggapan Zhafir pada perempuan sehinggalah dia dipertemukan dengan Nur Syaza, setiausahanya. Telatah gadis itu berjaya mengucar-ngacirkan jiwa dan raga Zhafir. Betul ke dia sudah jatuh suka pada Nur Syaza? Atau dia masih diselubungi memori masa silam?

Yasmeen ~ Wawa Taufik

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bila nampak gadis berkurung kain kapas itu, mata Eshan bagai payah nak dikawal. Hatinya lagilah. Berdebar lain macam. Bila suara lembut itu menyoal orang lain, dia yang perasan lebih.

“Abang dah makan ke?”
“Dah.”

Tiba-tiba gadis itu ketawa kecil. Eshan memandang hairan sebelum Mikail menepuk bahunya.

“Meen tanya aku, bro.”
Alamak! Tebalnya muka. “Oh...”

Bila balik rumah asyik terbayangkan wajah itu, terus si sahabat dicari.

“I wanna marry your baby sister.”
Mata Mikail membulat. Terkejut.
“Aku tak nak buang masa. Kalau kau setuju dan Uncle Borhan setuju, aku nak suruh mama masuk meminang Meen.”
“Woohoo! Takkan kut, Han? Tak cepat sangat ke?”
Tapi apa dia peduli cepat tak cepat? Janji ‘bunganya’ tidak disambar ‘kumbang’ lain.

Thursday 12 July 2018

Plot Cinta Tak Jadi ~ Aunie Ayunie

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Sapu-Sapu Sdn Bhd? Eh, saya tak ada minta servis sapu-sapu pun.” – Nayla.
“Itu nama syarikat akulah, sengal. Aku bukan nak servis. Aku datang sebab nak tarik kereta kau. Dah empat bulan tak bayar, kan?” – Riyad.

Pertemuan pertama yang sadis itu membuka peluang untuk Nayla membalas dendam kerana hatinya telah dikhianati Hezri. Riyad pemilik Syarikat Sapu-Sapu Sdn Bhd dijadikan kambing hitam untuk Nayla merealisasikan rancangannya. Riyad pula setuju saja kerana bayarannya lumayan. Bolehlah dia langsaikan bil-bil yang lama tertunggak. Maklumlah, syarikatnya berstatus suam-suam suku saja.

Tapi, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Bila kontrak terbatal, hati Nayla pula terpaut dengan sikap Riyad. Walaupun garang macam singa, tapi Riyad selalu melindunginya.

“Nayla, kalaulah kau boleh nampak betapa banyaknya cinta dalam hati aku untuk kau. Tentu kau tak akan merungut apa-apa.” – Riyad.
“Siapa yang tak jatuh cinta dengan abang? Saya jatuh cinta dengan abang setiap hari, setiap saat.” – Nayla.

Sanggul ~ Haida Hassan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Akibat mengikut emosi yang terlalu mahu melindungi anaknya, Uwan Konah sanggup mengambil Tanjung sebagai pendamping. Namun menjaga makhluk itu bukanlah mudah.

Dugaan demi dugaan tidak pernah terhenti sehingga waris seterusnya, Munah berkahwin dengan Hadi dan mengandungkan anak kembar.

“Abang tolonglah panggilkan bomoh, ubatkan saya ni,” rintih Munah separuh merayu.
“Bomoh apa ni sayang? Abang kan ada, kita mohon pertolongan Allah.”

Lebih 700 tahun lalu, Arya Sanskara membuat perjanjian dengan Ubhaya semata-mata untuk melindungi keturunannya daripada ancaman Orang Kaya Sitam.

“Nyawa manusia dan ular bersatu, menyeru semangat datang membantu…”
“Gumpalan rambut itu bakal kujadikan perantara sumpahan dan perjanjian keturunanku. Itu… itulah sanggul ular.”

Mangsa ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Peristiwa hitam yang menimpa Iris telah mengubah segala-galanya. Rahsia yang disimpan rapi selama ini oleh neneknya, Seruni kini terbongkar. Kematian Rizal masih belum terjawab. Sepuluh tahun berlalu, Iris bertemu semula dengan mereka yang pernah muncul dalam hidupnya dan mempunyai kaitan dengan neneknya selama ini.

“Jadi, kau betul-betul terima semua yang ditinggalkan Atuk Indra?”

“Mestilah aku terima!” Usai berkata-kata Balqis terasa hembusan angin lembut di belakang lehernya.

“Kenapa? Ada rasa sesuatu ke?”

Pusaka ~ Ebriza Aminnudin

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Cahayakan pusaka kita, cu!

Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra?

“Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA

“Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK
“Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA

Wednesday 4 July 2018

Setelah Terlafaznya Akad ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Syarah Basmalah ~ Sofwan Harizan

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mengandungi pencerahan yang menarik dan jarang diketahui tentang Basmalah. Bermula daripada makna Basmalah, faedah-faedahnya, hukumnya, dan keistimewaan-keistimewaannya. Disertakan juga pelbagai kisah menakjubkan tentang kelebihan Bismillahir Rahmanir Rahim.

Keajaiban 40 Selawat Pilihan ~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini:

- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal dan banyak lagi.

Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita ~ Prof. Dr. Hamid Arshat

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu.

Monday 2 July 2018

Tafsir Mini Surah Al-Syams ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Menerangkan dengan lebih mendalam tentang surah al- Syams sehingga anak-anak boleh memahami dan mentadabbur setiap ayat.
Membantu ibu bapa dan para pendidik memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu dan mentadabbur kitab suci al-Quran.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dan memeudahkan pemahaman setiap ayat suci Al-Quran.

Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan kominikasi berkesan dengan anak-anak melalui penceritaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan sama ada di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak.

The Amazing Al-Quran ~ Dr. Ammar Fadzil

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Penghasilan buku ini mengupas tentang beberapa isu yang perlu diketahui oleh masyarakat yang berdamping dengan al-Quran sama ada secara langsung bagu Muslim atau secara tidak langsung bagi bukan Muslim. Hal ini demikian kerana al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh manusia. Interaksi seseorang dengan al-Quran menekankan tiga aspek utama; apakah itu al-Quran, pembacaan al-Quran dan pemahaman al-Quran.

Membumikan Syariah ~ Mohd Daud Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Syariah bukan hanya soal hukum halal dan haram, dosa dan pahala atau itu boleh dan ini tidak boleh. Akan tetapi, syariah ialah solusi pratikal yang mesti diambil faedah dan manfaatnya secara berterusan. Ia melangkaui bidang kewangan, perubatan, pengurusan aset, kemasyarakatan, politik, rakyat, undang-undang, kebajikan dan sebagainya.

Kita mesti melihat syariah bergerak dan memainkan peranan penting yang berkesan ke arah hasil yang positif dan berimpak tinggi untuk semua pihak.

Surah Al-Kahfi Dengan Panduan Wakaf & Ibtida' Kaifiat & Terjemahan ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM4.00 > RM3.50
Surah al-Kafhi adalah surah ke-18 di dalam al-Quran, juzuk yang ke-15, yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 110 ayat. Oleh sebab diturunkan di Mekah, maka kebanyakkan isi kandungannya menerangkan tentang KEBENARAN al-Quran, menegaskan dasar tauhid kepada Allah dan iman, menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi dan menekankan konsep amal soleh serta kesannya kepada individu dan keluarganya.

Konsep RAHMAT Allah mendominasi seluruh serita yang diperkenalkan dalam surah ini. Cerita pertama ialah mengenai “Ashabul Kahfi”, dengan pendekatannya adalah ke arah keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Cerita yang kedua melibatkan sebuah kebun dan dua orang individu; seorang daripadanya beriman dengan Allah dan seorang lagi tidak beriman. Cerita ketiga pula mengisahkan Nabi Musa dengan seorang individu soleh daripada kalangan wali Allah, yang ditemui di pinggir laut dan perjalanan mereka itu dikaitkan dengan iman kepda Allah. Cerita terakhir yang dibentangkan dalam surah ini ialah mengenai perjalanan Zulqarnain dan penaklukan empayarnya di timur dan barat. Kesemua cerita ini mengundang penelitian kita kepada amal soleh dan iman pada Allah serta rahmat-nya.