ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 26 July 2018

Rindu Yang Terakhir ~ Mimie Ismail

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Hidup Rheya penuh dengan keseronokan duniawi ciptaan kekasih hatinya, Radit. Nasihat orang tuanya dipandang sepi. Namun, kecurangan Radit telah membuka mata hatinya dalam menilai kasih sayang orang tuanya yang tidak bertepi. Radit dilupakan. Rheya kembali taat kepada Ray yang menyinari hidupnya dengan cinta yang tulus.

Namun, takdir mencemburui kebahagiaan Rheya. Ray disahkan menghidapi kanser otak.

" Aku nak kau terima girlfriend aku jadi isteri kau! Aku tuntut janji kau pada aku, Dit." - Ray

Radit muncul semula, membawa lamaran yang sangat tidak masuk akal! Rheya bingung! Ray yang membuangnya atau Radit yang sedaya upaya ingin membuktikan yang dirinya adalah Radit yang baru. Saat Rheya menerima semula Radit, rahsia Radit terbongkar membuatkan parut di hati Rheya berdarah semula.

Hati Rheya terbahagi dua. Di antara cintanya yang masih menyala buat Ray yang berada di ambang maut ataupun pada Radit yang bersungguh-sungguh pulang semula ke pangkal jalan.
Apakah takdir yang sudah tertulis untuk mereka bertiga ini?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...