Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 31 January 2019

Impian Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00
Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Cerita Hilang... atau jumpa? ~ Iman Publications

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Kehilangan sering menimbulkan rasa kosong dalam hati.

Kita sangka, kekosangan itu kekal maka kita meratapinya.

Tapi sedikit yang kita tahu, kekosangan yang hadir menyediakan ruang dalam hati kita untuk sesuatu yang lebih baik.

Letters To God ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Letter to God is about journey of a young girl named Sarah in trying to find her footing in a challenging world. An introvert by nature, Sarah struggles to balance her world, life and her spiritual longing while trying to adapt to her new surroundings. She found friendship along the way and also experienced hostility and heartache. Not knowing who to turn to, she decided to rant and rave to her Creator.

This is a story of how a young girl, who made a decision to write letters to God, telling Him of all her worries and pain. She believes that one can talk to God at any time, any place, even outside prayers.

Did Sarah find solace?
Or did she continue to be lost?

Empayar ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

Tuan Perasan Maco ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“I boleh tolong buat lelaki jatuh suka dekat you.” - Ben

Memang tergelaklah Alma Ameena. Sudahlah tiba-tiba saja muncul, kemudian melalut ofer perkara tak masuk akal. Ingat dia tu fairy godfather ke? Bibbidi-bobbidi-boo dan boom! Semuanya berubah? No, no, no. Ini bukan fairytale ya!

Fahd Benjamin nampak sendiri bagaimana Amee kena reject. Sadis sungguh! Selain kesian, ada alasan lain yang buat dia mahu makeover Amee. Daripada ugly duckling kepada beautiful swan.

Dah teruk kena sindir, Amee tekad menerima ofer Ben. Proses makeover dilalui. Amee ingatkan semudah ABC. Sekalinya, macam-macam task Ben beri. Itu belum lagi nak menghadap perangai Ben yang terlebih yakin dan selalu perasan maco tu!

“What? You nak cakap I maco? I memang hari-hari maco, Amee.” - Ben

Mulut Ben yang tak ada filter tetap buat jantung Amee bagai kena tumbuk bertubi-tubi dari dalam. Nak berterus terang dengan Ben, dia takut kena reject lagi. Cukuplah sekali saja dulu!

Percaya Kata Cinta ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Bahagia itu subjektif. Bukan hanya dengan bercinta mahupun berkahwin. Itu prinsip hidup Nawwar Sufiy. Dia menanam sifat prejudis terhadap insan bergelar lelaki dan tidak pernah percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu menjanjikan kebahagiaan.

Apa yang Nawwar percaya, hidupnya akan lebih bahagia tanpa adanya seorang lelaki. Prinsipnya itu dicabar oleh seorang lelaki.

Izz Zareef, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Nawwar yang selama ini tertutup daripada cinta. Dia berjaya merobohkan benteng pertahanan hati Nawwar dalam masa tak dijangka. Berbekalkan senyuman manis dan secawan karamel latte, hati Nawwar berjaya Izz Zareef curi.

“Encik Zareef pula suka apa?” - Nawwar Sufiy
“Saya suka awak.” - Izz Zareef

Tapi, untuk mengecap bahagia, tidak semudah ungkapan kata-kata. Kebenaran tentang siapa sebenarnya Zareef dan sebab Zareef mencari Nawwar, menghancurkan dua hati yang sedang jatuh cinta. Ekoran tidak mahu melukakan hati Nawwar yang sedia ada terluka, Zareef memilih untuk pergi dan meninggalkan Nawwar dengan tanda tanya.

Sembunyi ~ Zarini Mansor

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Lisa diserang lelaki misteri yang ingin membunuhnya. Dia diselamatkan oleh Ivan dan Wahid, namun rantai peninggalan arwah ayahnya pula dirampas.

“Tak boleh ke pak cik ceritakan sekarang aje? Kat sini? Kenapa saya mesti ikut pak cik? Dan tolong pulangkan loket tu.” - Lisa
“Pak cik cakap ajelah kat dia, loket tu boleh membunuh dia. Habis cerita.” - Ivan

Akhirnya, Lisa mengikut Ivan dan Wahid hanya untuk mengetahui apakah punca loket yang diberi nama Focal itu diburu oleh banyak pihak. Sedikit demi sedikit Lisa mula ketahui ada apa dengan batu itu.

“Apa dia orang buat tu?”
“Upacara memuja syaitan.”
“Puja syaitan?”

Dan rahsia yang tersembunyi itu adalah sesuatu yang dia tidak pernah sangka akan wujud di depan matanya...

Mata ~ Khairul Aswad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Ketika Syah mencari bahan untuk penulisan terbarunya, dia bertemu dengan beberapa kejadian misteri dan menakutkan yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Apa yang abang nampak tadi?”
“Itu bukan saya, bang. Sumpah itu bukan saya.”

“Hantu galah?”
“Aku pun tak tahu nak klasifikasikan jenis hantu tu.”

“Sumpah tak ada. Saya perhatikan aje bang rebab tu. Memang tak ada apa yang akan membolehkan benda tu berdiri dengan sendirinya.”
“Itulah yang saya nak ceritakan ni bang. Mula-mula tu saya anggap benda tu sekadar mainan mata saya aje. Entahlah. Susah nak explain juga sebenarnya.”

“Ada satu benda berbungkus macam kain kapan tengah melekat di siling bilik Ita sekarang ni bang. Bahagian muka dia terbuka dan dia sedang renung ke arah Ita sekarang ni.”

Mata tidak pernah menipu. Mata juga adalah saksi utama.

Oh My Protective Pakwe ~ Murni Aqila

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Intan lari ke Kuala Lumpur atas desakan ayahnya yang tidak mahu dia dilacurkan lintah darat. Dia meredah kota raya itu bersendirian. Dia menunggu ayahnya di Dataran Merdeka seperti yang dijanjikan. Namun, tiada khabar berita daripada ayahnya .

Intan terumbang-ambing di Kuala Lumpur sebatang kara. Perutnya cuma diisi dengan roti dan air kosong kerana duit yang ada sangat sedikit. Dia terpaksa menanggung kesusahan, kelaparan dan ketakutan.

Ketika Intan diragut, seorang lelaki bernama Airel mengejar peragut itu untuk mendapatkan dompetnya semula. Airel juga menyelamatkan dirinya daripada dirogol oleh mat rempit. Sejak itu Airel selalu muncul di hadapannya. Intan mula terasa ragu-ragu dan menyampah. Dia tidak mempercayai Airel. Kata orang, lelaki di Kuala Lumpur ini buaya tembaga.

“Tiba-tiba je mengaku awak tu pakwe saya. Awak nak saya rasa terharu kan? Awak fikir saya akan rebah dalam genggaman awak. Awak pun bolehlah buat apa saja yang awak suka kat saya.” – Intan.

Antara Cinta Kita ~ Aisya Sofea

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Muhammad Yusuf Mikhail. Itulah nama lelaki yang bakal disatukan dengan Ana. Walaupun Ana cuba menentang kehendak dan perintah kedua-dua belah keluarga dengan seribu macam alasan, akhirnya dia terpaksa akur. Berkat kesabaran dan kesungguhan Yusuf, akhirnya cinta menyatukan dua hati ini.

Fizah, teman baik Ana yang telah lama bercinta dengan Yusuf menyimpan hasrat untuk mengahwini lelaki itu suatu hari nanti. Namun hasrat Fizah tidak kesampaian bila mendapat tahu bahawa Yusuf bakal menikahi Ana. Fizah yang menerima berita perkahwinan Ana dan Yusuf sangat kecewa namun tetap menaruh harapan agar dirinya menjadi sebahagian dari hidup Yusuf.

“Kau tolong cakap kat Yusuf, ambillah aku jad iisteri kedua. Aku sanggup buat apa aje. Walaupun dia lebih sayangkan kau tapi aku sanggup asalkan Yusuf tak tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan Yusuf, Ana. Kau kawan baik aku dunia akhirat, tentu kau faham perasaana aku.”

Sejak itu, Yusuf semakin melupai cintanya terhadap Ana. Ana yang tidak rela berpisah dengan Yusuf, mengharapkan kehadiran orang baru dalam kandungannya dapat mengembalikan cinta Yusuf terhadapnya namun harapannya meleset. Kandungan Ana hanya mampu bertahan lima bulan. Ana akhirnya mengalah dengan ketentuan ILAHI.

Mahir Tajwid ~ Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz, Harun Arrasyid Haji Tuskan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku Mahir Tajwid ini menerangkan seluruh asas-asas ilmu Tajwid yang perlu difahami setiap Muslim.

Setiap tajuk disampaikan secara ringkas dan padat, didatangkan contoh-contoh untuk menguatkan kefahaman dan disertai dengan pelbagai bentuk latihan supaya pembaca dapat menguasai ilmu Tajwid dengan sebaiknya.

Ia sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur dan boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri di rumah mahupun di kelas pengajian.

Tip Kewangan Viral ~ Syafieqah Alya

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Sanggup tidak anda jika kena buat begini:

A. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
B. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan air fresh oren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
C. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
D. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
E. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurangdating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.

Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik.

Kilas Dalam Kias ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

Tuesday 29 January 2019

Separuh Aku ~ Alya Husna

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Jalankan tugas saya. Rawat hati awak.” – SYAH
“Ra.. wat hati?” – MUJAHADAH

Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia?

Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung.

“Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati.” MUJAHADAH

“Bila masanya saya gulakan awak? Saya ni bukan spesies lelaki yang suka berjanji tapi tak tepati.” – SYAH

Kekurangan yang ada pada diri sendiri membuatkan keyakinan Mujahadah carik untuk menerima sekeping hati. Namun, sejak mengenali Syah…. dia tidak tahu jampi cinta apakah yang telah menyampuk dirinya. Mahu ditolak jauh Syah, jiwanya pulak dah tersimpul kuat dengan lelaki itu.

Denganmu Kurasai Cinta ~ Ainon Zaini

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mr. Edwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Semua nak ikut kata dia. Poyolah dia ni.

“Kerja tak boleh main-main. Awak sudah cederakan pekerja lain. Saya bagi warning akhir. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN

Julita ketap bibir membendung perasaan. Rasa mahu sepak-sepak saja bos yang tidak mahu mendengar penjelasannya.

“Saya suka awak. Saya nak awak.” - ISKAN

Iskan, lelaki yang berani berterus terang. Yang pandai beli jiwa, tapi cemburu buta.

Kedua-duanya menyedarkan Julita bahawa cinta adalah hal yang complicated. Julita perlu memilih antara mereka. Bertambah serabut bila Nurlis muncul. Nurlis yang tidak pernah senang hati melihat kebahagiaannya. Ada saja akal jahatnya mahu mengenakan Julita.

"Kau rampas Iskan daripada aku, kemudian kau rampas pula Mr. Edwin yang mula baik dengan aku! Kau memang tamak Julita! Kau porak-perandakan hidup aku!” - NURLIS

Antara dua jejaka itu, dengan siapa harus dia menyemai cinta? Adakah pilihan itu yang terbaik? Buat dia bahagia? Buat dia derita? Tiga hati, satu cinta… di mana titik noktah cinta Julita?

Saturday 26 January 2019

Suara Hati Dia ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebenar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah kehilangan orang tuanya. 

“Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!”- Syahiran 

Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu. 

“Beri aku peluang jaga kau, Nia. Mungkin Hafiz lebih baik dari aku. Tapi aku janji akan jaga kau lebih baik dari dia.” - Syahiran. 

Perkahwinan mereka pada dasarnya untuk membantu Rania dari menjadi mangsa dera emak saudara sendiri. Tapi di sebalik itu, cinta antara mereka telah wujud di hati masing-masing. Namun, bahagia mereka dicantas musibah apabila Hafiz yang selama ini mengaku kawan baik sehidup semati rupanya menjadi duri dalam daging. 

Apa yang akan terjadi bila tiba-tiba Syahiran sendiri nampak Hafiz di dalam bilik bersama Rania? Dan apa akan jadi pada Rania apabila dia ditinggalkan sendirian oleh suami saat dia memerlukan sokongan? Akan adakah peluang kedua buat Syahiran bila dia sedar tindakannya adalah satu kesilapan?

Bukan Lelaki Terindah ~ Nani Yuhanna

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Cinta itu... bila kita mempunyai perasaan yang sama. Jika salah seorang sudah berpaling, bukan lagi cinta namanya.” Aisya kecewa apabila Zulfan yang dicintai sekian lama tiba-tiba beralih kasih pada Dania. Empat tahun yang sia-sia tanpa penyudah. Pertemuannya dengan Izdiyad, pemilik suara husky yang sangat sukar untuk mengukir senyuman itu meletakkan Aisya dalam situasi kurang senang apabila lelaki itu kerap menjadi saksi kekecewaannya secara tidak sengaja. 

“Cinta memang buta tapi kita yang celik ni jangan butakan mata sebab cinta.” – Izdiyad. 

Bagi Izdyad, kisah lampau menjadikan dia prejudis pada cinta. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Aisya telah meletakkan hatinya di tempat yang sukar. Sangka Aisya, Izdyad tidak sama dengan Zulfan. Dia boleh letakkan harapan pada lelaki itu. Tapi sangkaannya silap. Rupanya, semua lelaki yang dia kenal adalah sama. 

“Saya tak sangka rupanya awak macam ni orangnya.” - Aisya 
“Apa yang awak harapkan dari saya, Aisya? Seorang lelaki yang budiman? Yang sempurna? Malangnya, diri saya yang berdiri di depan awak ni tak seindah itu.” - Izdiyad 

Benarkah Izdiyad itu bukan lelaki budiman yang sempurna impian Aisya? Atau semua itu satu kepuraan untuk menutup sebuah perasaan?

Anak Muda Bebas Hutang ~ Dr. Haji Badrul Hisham Mohd Yusoff

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.30

Tip, teknik, nota, dan perkongsian pengalaman untuk golongan muda khususnya supaya bebas daripada belenggu hutang. Disertakan dengan gambar rajah serta jadual yang ringkas dan interkatif menjadikan buku ini mudah di'hadam' oleh pembaca daripada pelbagai peringkat umur. Penulisan turut disertakan dengan sumber daripada ayat Al-Quran dan hadis yang membolehkan pembaca mengaitkan sesuatu topik itu dengan perspektif Islam.

Antara Kandungan:
Pemuda yang Mencari Rezeki Juga Seperti Berjihad
BAB 1: BAHAGIA, KAYA & REZEKI
- Hakikat Kebahagiaan
- Fahami Konsep Rezeki
- Amalan untuk Mencukupkan dan Menghilangkan Kepapaan

BAB 2: PERANCANGAN ELAK HUTANG
- Bersederhanalah dalam Pelbagai Aspek Kehidupan
- Tujuh Langkah untuk Mula Hidup ‘Bebas Hutang’
- Bagaimana Cara Menabung yang Baik?
- Berapakah yang Perlu Disimpan Setiap Bulan?

HAMKA Permata Tafsir Bumi Nusantara ~ Dr. Muhammad Yusry Affandy

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sebuah buku yang melihat secara teliti biografi Hamka sebagai ahli tafsir dan juga keunikan tafsir Al-Quran versi Hamka.

Antara Kandungan:
Latar Belakang Hamka
Kembara Ilmu
Menabur Ilmu dan Budi
Menabur Budi Menerusi Sastera
Berjuang Wadah Politik Islam
Sumbangan Selaku Ahli Tafsir
Aktiviti Pentafsiran Al-Quran
Asas Utama Dalam Pentafsiran
Menampilkan pendapat Mazhab dan Ulama Muktabar
Ijithad Hamka Dalam Pentafsiran
Keistimewaan Hamka Dalam Pentafsiran Al-Quran
Meneguhkan Pentafsiran Dengan Ilmu Akademik
Mengambil Hikmah Kembara

Bisikan Rindu Semalam ~ Luvis Eija

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kerana kenangan silam, Cinta Arissa menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Janji abang sepupunya, Hariz Ilman terus dipegang. Bertahun-tahun lamanya.

7 tahun Hariz pergi menyepikan diri, membiarkan Arissa terus hidup bersama kenangan silam; membuatkan perasaan rindu bertukar sedikit demi sedikit menjadi dendam. Kepulangan semula Hariz bersama seorang anak perempuan comel menambahkan lagi luka di hati Arissa. Tapi, kepetahan anak comel itu membuatkan hati kecilnya terpaut sayang.

“Would you like to be my mama?” – Izzara

Atas desakan keluarga, mereka berdua dikahwinkan. Biarpun perasaan sayang dan rindu terhadap Hariz tidak pernah pudar, namun perasaan dendam dan marah terus menguasai hati Arissa, sehinggakan hatinya menjadi begitu keras untuk mengakui perasaannya sendiri. Biarpun berkali-kali Hariz menyatakan rasa cinta dan sayangnya, hati Arissa tetap tidak mahu mempercayai. Tetap meragui keikhlasan hati lelaki itu.

Walimatulurus Aku & Dia ~ Ana Eimaya

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kalau bertunang tak semestinya sampai ke jenjang pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula yang datang melanggar. Terus jadi ‘pelamin anganku musnah’.

“Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin, kan sayang?” – Haidar

“Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!” – Dinda

Jika yang pergi itu cinta, mungkin yang datang adalah jodoh. Setelah 7 tahun tidak bersua, takdir membawa Zarr Iskandar kembali. Tiada yang kebetulan melainkan semua telah dirancang.

“Zarr Iskandar, awak sedar tak apa yang awak tengah buat ni? Awak buta ke? Tengok betul-betul saya ni siapa? Saya Adinda. Bukan tunang awaklah!” – Dinda

“Saya malas nak cakap banyak. Jom, kita kahwin?” – Zarr

Friday 18 January 2019

Dia Menantu Rahsia ~ Indah Hairani

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

PERTUNANGAN antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. 

Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. 

Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Monday 14 January 2019

12 Kunci Cepat Rezeki ~ Mukhlas Syarkun

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Buku yang bertajuk 12 Kunci Cepat Rezeki ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa hakikat rezeki adalah mutlak dalam kekuasaan Allah swt. Dialah Yang Maha Berkuasa terhadap segala-nya termasuk mempercepat, menutup atau memperlahankan rezeki. 

Penulis melalui buku ini ingin mendedahkan pelbagai petunjuk dari-pada Allah swt sama ada daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama berkaitan cara mudah beroleh rezeki.

Tafsir Mini Surah Al-Fil ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fil dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.

Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Amalan Penawar Kesedihan & Kesempitan ~ Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin Al-Azhari

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Buku ini memaparkan risalah ringkas berkaitan doa dan zikir yang diajarkan oleh ulama untuk menjadi ubat dan penawar kedukaan, kesedihan, kesempitan, kegusaran dan seumpamanya.

Biografi Lengkap Rasulullah s.a.w. (Edisi Jimat) ~ Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80
Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW adalah sebuah biografi yang padat dengan fakta ringkas tetapi lengkap mengenai Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan perjalanan hidup Baginda.

Naskhah yang memberi gambaran kepada pembaca untuk menyelami kehidupan sebenar Rasulullah SAW sejak dari awal kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda.

Buku ini mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW, lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik.

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini daripada karya asalTarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Semoga setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadap Baginda SAW.

Berdamai Dengan Takdir ~ Rohimiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya.

Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya.

Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu memelihara dan memulihara hati agar sentiasa tenang dan redha dengan takdir Allah. Tahniah Puan Rohamiah!

Nafsu ~ Ayumi Syafiqah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Tiga saudara Waji, Nas, dan Umai mengikat sumpah untuk tidak bercerita tentang kejadian yang berlaku pada malam kehilangan Sari sampai bila-bila. Tragedi berdarah itu biarlah terkubur begitu sahaja.

Sepuluh tahun berlalu, semuanya berubah apabila Sari pulang ke rumah. 
“Cik Sari… Cik Sari dah balik ke rumah.”
“Sari masih hidup,” 
“Jadi dia tak mati malam tu?” 
“Kalau pun dia tak mati malam tu, macam mana dia boleh survive sepuluh tahun dalam hutan tu? Sepuluh tahun! Tak masuk akal!” 

Perjalanan Nashita mencari jawapan kepada kisah silam membawa langkahnya ke pintu Vila Mandura – sebuah vila kepunyaan keturunan keluarga Mandura iaitu keluarga Sari. 
“I tahu ada yang tak kena.”
“Maksud you?”
“Sari...”

Khianat ~ Khairul Zaman Kobin

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Aku dapat jemputan daripada Ustad"."Kau nak pergi jemputan Ustad?Wei,kau tak ingat ke apa kita buat kat dia dulu?Kita ni pembuli dia tahu tak!"."Pergi ajelah.Dia kan Ustad.Mesti dia akan maafkan kita".

Bot tiba-tiba melantun tinggi ke udara.Bahagian bawah bot seperti dihentam objek keras.Dan enjin bot mati!!!

Di enjin bot tersebut,terlekat satu mayat entah dari mana datangnya.Jasadnya terlihat seperti sudahdihiris-hiris dengan pisau kerana terkena enjin bot.

bebebrapa kali dia memejamkanj mata.Beberapa kali dia cuba ubah fikirannya tentang apa yang dia nampak.Ini bukan mimpi.

Ya,memang benar.Dia sedang berpijak di bumi nyata.Dia masih di pulau Bayu Wangi.Pulau yang cantik,dipenuhi makhluk yang menakutkan.Manusia seperti mayat.

Friday 11 January 2019

Relakah Hati Terus Mencintai? ~ Farisha Imani

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!

“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN

Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.

“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN

Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA

180 Koleksi Doa Mustajab ~ PTS

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Buku ini menghimpunkan 180 doa mustajab yang dipetik daripada hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan ketenangan hati, kekuatan jiwa, dan kebahagiaan hidup.

Antara doa yang terdapat dalam buku ini adalah:
- Koleksi Doa Harian
- Koleksi Doa untuk Keluarga
- Cemerlang dengan Doa
- Menjemput Rezeki dengan Doa
- Amalan Ayat-Ayat Syifa

Asbabun Nuzul: Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Quran ~ Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w. berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna Al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.

Buku ini disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir Al-Quran, iaitu Profesor Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan juga sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Allah s.w.t. itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:
Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Allah s.w.t. kepada kita.

Tumpang ~ Ramadan Omar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Aiman!” panggil Mokhtar. Dadanya berdebar. Peluh merenik di dahi. Rasa terkejut masih menguasai dirinya.

“Kenapa pak cik? Aiman nak balik,” kata Aiman apabila Mokhtar menariknya. Moktar duduk melutut. Menjadikan dia separas dengan ketinggian Aiman sekarang. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aiman. Dua matanya memandang ke dalam mata Aiman.

“Itu ayah Aiman ke?” soal Mokhtar sambil mengunjuk kepada Hafizi di dalam kereta. Aiman bingung. Dia berkalih melihat Hafizi yang sedang menanti di kereta. Kemudian dia berkalih semula memandang Mokhtar.

“A’ah. Ayah Aimanlah tu. Kenapa pak cik?” soal Aiman hairan.

“Aiman tengok betul-betul. Memang betul ke tu kereta ayah Aiman?” soal lelaki tua itu lagi. Mukanya jelas kerisauan. Aiman berkalih lagi. Dia membaca nombor plat kereta ayahnya. Satu-satu disebut nombor plat kereta tersebut.

Friday 4 January 2019

Denganmu Lebih Indah ~ Azieana

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Papa tak suka Lissa berkawan rapat dengan Razman,” tutur Datuk Rafiq Husni sebaik sahaja Razman beredar.
“Papa jangan risau sebab Lissa memang tak pernah suka dengan Razman tu. Lissa kawan dengan dia atas dasar saudara. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang terlebih, bukan daripada Lissa. Lissa harap papa akan faham dan tidak menuduh Lissa yang bukan-bukan.” 

Melissa tidak mahu papanya salah sangka antara hubungan dia dengan Razman.

“Hmm, baguslah sebab papa memang dah lama berhasrat nak jodohkan Lissa dengan anak kawan papa.”
“Papa, Lissa tak setuju.” Melissa terus membantah kerana terkejut dengan rancangan papanya secara tiba-tiba.
“Kenapa? Hal ni dah lama papa bincangkan dengan dengan keluarga Tan Sri Hadi dan dia turut bersetuju untuk jodohkan Lissa dengan anaknya tak lama lagi!” 
Datuk Rafiq Husni merenung wajah Melissa.

Kau Yang Kutunggu ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Alna…” panggil Rayyaz. Alna pantas mendongak. Awak dah terima bunga tu, jadinya kita declarelah ya,” kata Rayyaz sambil merenung mata Alna.

Alna melarikan matanya daripada direnung Rayyaz.
“Nak declare apa pula?” soal Alna. Dia tak pasti apa yang mahu diisytiharkan oleh Rayyaz. Pelik benar gaya Rayyaz sekarang.
“Kita bercinta,” kata Rayyaz.
Alna terbeliak matanya mendengar ayat ‘kita bercinta’ itu. Nak bercinta apa pula. Ini kali kedua Rayyaz luahkan perasaannya. Kali ini mengajaknya bercinta.
“Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Rayyaz?” tanya Alna. Dia semakin fokus kepada Rayyaz. Tak dinafikan dia rasa sesuatu. Tapi, tak tahulah apa yang dia rasa. Dulu bukan main lagi kutuk dia pakai baju tak cukup kain. Sekarang pun Alna masih sama. Tup-tup, sekarang diajak bercinta pula.
“Awak lupa ke, awak tak suka saya pakai macam ni,” kata Alna sambil memandang tubuhnya yang bersalut dengan dress lengan panjang dan labuhnya hingga bawah lutut.

Bisikan Syaitan ~ Asraf Shaari

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Dibuli dan didera secara fizikal dan emosi, Adam menjadi tidak keruan. Entah sampai bila dia mampu bersabar dan bertahan sedang keluarganya dihina seperti sampah di jalanan hanya kerana kisah silam arwah ayahnya, Encik Talaha. Tekanan kian terasa apabila dia mula terdengar bisikan seperti cuba menghasutnya melakukan sesuatu yang sememangnya tidak masuk akal.

Selain itu, ibunya pula yakni Puan Kamariah difitnah membela hantu raya. Bukan itu sahaja, wanita yang paling disayanginya itu terpaksa menahan dugaan akibat sikap masyarakat yang tidak menerima mereka seadanya. Dia ingin menuntut keadilan. Dia mahu musuh-musuhnya mati. Hanya kematian mereka dapat memuaskan hatinya. Namun, dia tidak menyedari perbuatannya itu bakal mengundang padah kelak.

Izinkan Cinta-Mu Yang Pertama ~ Puteri An-Nur

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Dunia percintaan sememangnya indah jika pasangan setia. Tetapi tidak bagi Nur Syahadah apabila dia diuji dengan kecurangan tunangnya yang bermain kayu tiga. Lebih perah, tunangnya curang dengan kakaknya sendiri. Setelah dikecewakan, Nur Syahadah akur akan jodoh yang dipilih oleh abinya iaitu Yusof.

"Nur mesti terima Muhammad Yusof. Dialah lelaki yang terbaik untuk anak abi ni." ~ ABI

Walaupun pada mulanya agakberat untuk Nur terima, tapi dia percaya pilihan abinya adalah yang terbaik untuk dirinya di samping dia mahu tinggalkan kenangan yang lalu dan bina hidup baru. Nur terima seadanya Yusof walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

"Kata orang, tak kenal maka tak cinta tau. Dah kenal mesti awak suka." ~ Yusof

Nur sahut kata-kata Yusof dengan pertaruhkan hidupnya. Padanya, kebahagiaan atau derita, semua itu sudah ditetapkan Allah. Seusai dirinya sah menjadi suri hati buat Yusof, barulah Nur mengerti bahawa dunia Yusof yang dulu bukanlah seperti yang dia lihat kini.

Cerita Bilik Pengetua ~ Dr. Hayya Bilal

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Di dalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Cerita Dalam Kampus ~ Raihan Abu Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kalau kau masuk U,
Kau jangan ikut perangai budak-budak
dalam buku ini,
Mati la nak,
Sampai ke tua pun tak konvo

Budak Kelas Belakang ~ Emylia Mohd Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Coretan penuh nostalgia buat perindu dekad-dekad ikonik yang telah hilang ditelan zaman. sebagai bonus, terbongkar jua akhirnya himpunan rahsia kehidupan asrama perempuan yang selama ini tersorok di sebalik pagar. Apa lagi? Marilah sekodeng!"
-SHAH IBRAHIM- Penulis buku Budak Meja Belakang

"Salah satu daripada prinsip yang saya percaya adalah, setiap kita mempunyai kebolehan dan kemampuan mencapai impian jika kita mahukannya. Di mana pun kita bermula, dan dari mana kita berasal, itu tidak penting. Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kepercayaan dan prinsip ini diterjemahkan dengan baik dalam buku ini. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan spontan membuatkan seolah-olah pembaca berada di tempat penulis. Tahniah kepada Puan Emylia kerana berkongsi kisahnya dengan keberanian dan kerendahan hatinya."
-MUHABIR IBRAHIM- Penulis, Kaunselor &Perunding Latihan

Wednesday 2 January 2019

Rindu Yang Tertinggal ~ Dea Zoraya

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mawar Hana – Gadis bermata Hazel berketurunan Irish yang memasang cita-cita untuk bergelar seorang doktor pakar. Namun sebuah tragedi hitam telah meragut pergi impian dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Kekejaman dan ketidakadilan yang dilempar terhadap dirinya telah membuatkan Hana trauma terhadap kehidupan. Sukar untuk dia melupakan luka yang masih meninggalkan parut di dalam diri walau sudah bertahun masa berlalu.

Amar Taufiq – Dia pernah egois suatu masa dulu. Kerana itu selama tujuh tahun hidupnya ditemani kekesalan yang tidak pernah berpenghujung. Kemaafan adalah satu ‘permata’ yang dia tidak bisa beli dengan wang ringgit. Beribu-ribu kali dia cuba lari daripada mimpi ngeri yang membelenggu dirinya namun seringkali itu juga dia gagal kerana dia sedar dirinya adalah pendosa.

“Saya benci awak...terlalu benci. Saya sumpah hidup awak tidak akan bahagia. Nama Amar Taufiq akan menjadi manusia yang paling saya benci selama saya masih bernyawa. Awak dengar sini baik-baik, suatu hari nanti awak akan datang melutut dan cium kaki saya ini untuk memohon keampunan. Masa tu awak akan sedar ego yang selama ini awak pertahankan akan menjadi racun yang merosakkan jiwa dan diri awak.” - Hana.