Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 14 February 2019

DEJAVU ~ Nurul Ain Syuhada

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Kau ni ahli sihir eh?! Kau yang sebabkan aku patah kaki!"

"Aku bagi tahu apa yang berlaku aje!"

Zap! Teringat ejekan sewaktu dia masih kecil itu buat jantung Mareeya bagai direntap. Semuanya bagai Dejavu. Sebolehnya dia tidak mahu kelebihan itu. Mampu melihat masa depan dari anak mata seseorang. Itu semua malapetaka baginya. Mareeya berdoa semoga suatu hari nanti dia jadi manusia normal.

"Aku sepatutnya boleh nampak ornag punya future. Tapi lepas aku jumpa kau... aku dah tak nampak apa-apa tentang kau. Dan sekarang, aku tak nampak apa-apa tentang orang lain juga." - Mareeya

"Miss, I betul-betul tak faham dengan apa yang you cakap ni. Kalau u rasa, you're gifted... Then maybe you ara. Tapi bukan I yang ambil semua tu dari U." - Luth Ilyas

"Aku nak semua tu balik!" - Mareeya

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Pertemuan yang menemukan Luth dan Mareeya menyingkap realiti 24 tahun lepas. Realiti tentang bagaimana Mareeya boleh mendapat kelebihan itu. 

Siapa Luth sebenarnya? Adakah kebenaran akan terus melenyapkan Dejavu Mareeya? Atau kelebihan itu akan terus sebati dalam dirinya?