ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 9 April 2019

Marry me Senorita ~ Suri Ryana

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Marry me, Senorita." - Isa Alejandro

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuat! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero! Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

"Lain pulak taste dia kali ni, abang..." Engku Zaharah
"Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?" Engku Aziz

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak punya siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

"Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus bernikah kerana Allah." Sofiy Leia



"Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we'll make a good pair and this in win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau." Isa Alajendro Mikael.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalan sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang terlalu jauh bezanya. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a. Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alajendro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alajendro yang suka pada pelakon 'sendu' itu. Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...